TIPS KOMPUTER

INSPIRASI KESIHATAN KOMPUTER

MASALAH LAPTOP KOMPUTER oleh Bidan Inspirasi

Hak Milik INSPIRASI TEKNIK LAWAK Wednesday, September 23, 2009




Borang untuk pertanyaan masih belum siap sepenuhnya kerana kesuntukan masa, buat masa sekarang  kami akan postingkan jawapan  kepada soalan dari email yang diterima  dari sini..harap maaf..Kami juga memohon maaf kali ke dua kerana terpaksa mengubah bentuk soalan agar kena dengan konsep inspirasi tanpa menjejaskan identiti pemberi email dan keluarganya.


Rombongan Cik Kiosk ke KL sempat bertanya ..
"Laptop anak makcik tiba-tiba tidak dapat dihidupkan , adakah kerana disebabkan kekurangan vitamin ?.. Kes ini berlaku semalam, apabila anak dara makcik bermain dengan laptopnya di atas katil..?Katanya memula laptop itu macam kena demam panas (panas melampau) dan terus mati sendiri tanpa dapat dihidupkan sehingga kini.


Bomoh Inspirasi -
Masalah percintaan anak makcik ini tidaklah boleh menjejaskan hubungan dan semangat kejiranan makcik dan jiran makcik kerana isu bermain laptop di atas katil adalah satu bentuk penderaan fizikal keatas Laptop yang boleh mendatangkan bahaya dan mencacatkan laptop. Secara seriusnyer..iyer..pabila kita meletakkan laptop di atas katil tanpa ada alas..iyer..ini menyebabkan haba yang dikeluarkan oleh kipas tidak dapat mengalir keluar akibat tersumbat dan terhimpit..iyer..jadi itulah sebab mengapa tilam anak anda panas..iyer..jadi iyer..diharap hubungan  anak makcik dengan laptopnya dapat terjalin semula apabila keadaan sudah kembali sejuk..iyer..


Abdul Aziz kerani persekolahan dalam emailnya..
" Laptop anok pokcik baru-baru ni diserang demam panas kerana kipas gagal berfungsi, Pokcik dah survey dikedai-kedai basikal dan kedai kereta terpakai, ternyata kos untuk menukar kipas laptop pakcik ni agak memeranjatkan jugak walaupun saiznya kecik kemetot..jadi adakah unsur atau cara lain untuk penyelesaian masalah ini..


Bidan Inspirasi -
Masalah tayar bocor hanyalah boleh diselesaikan dengan cara menampal kebocoran atau pengisian angin, tidak guna jika pakcik tukar sarung kusyen kerana ianya tidak mendatangkan apa-apa faedah.. secara seriusnya..iyer..Laptop anak pakcik masih boleh diselamatkan..iyer..langkah pertama pakcik iyer..sila bersihkan abuk sekiranya ada..iyer disekeliling kipas laptop itu dulu, jika tidak juga kipas itu melakukan pusingan sila dapatkan Cooler FUN atau dipanggil "tunku" oleh bebudak inspirasi kerana kosnya..iyer..tidaklah semahal mana..lagipun pakcik akan mendapat cahaya lampu percuma jika pilih Cooler yang dari golongan keluarga berada ..Cari Cooler yang ...iyer.. yang kedudukannya boleh berada berhampiran  di bawah kipas  Laptop yang telah pencen itu..lebih banyak kipas lebih baik..iyer..





Iyer..ini contoh Cooler tersebut iyer..kemungkinan tiada dijual di kedai bunga..iyer..




























" Akak baru sebulan menggunakan laptop yang baru dibeli pasar menjual ikan, tapi semenjak anak akak yang sekolah tadika itu sering menggunakan pendrivenya untuk melengkapkan kerja sekolahnya, laptop akak jadi semacam biol, kengkadang dia ok..kengkadang dia restart sendiri,tengah seronok akak melayani friendster tetiba browser internet akak terkeluar sendiri, jadi masalah begini tentulah menjelaskan mutu permainan masakan akak.. " Atikah dari kampung Yahoo.com


Bidan Inspirasi -
Sila akak cuba menggunakan teknik pencahayaan dan pengbungkusan dan kalau boleh jangan gunakan unsur-unsur pembakaran  untuk memastikan mutu masakan akak dapat ditingkatkan dari tahun ke tahun..Secara seriusnya..iyer.. akak pastilah tidak menggunakan anti virus atau anti virus akak jenis pakai@pinjam  sementara..jadi iyer cuba buat penyiasatan menggunakan anti virus yang tulen untuk memastikan laptop akak terhindar dari virus. Jika laptop akak iyer..boleh dikategorikan "telah berkampung Virus didalamnya"..sila format ajer laptop akak itu iyer..



Mat Fauzi - Suami dari Melaker..
"ISk..err..selamat tak?..pagi tadi err..tengah seronok saya layan awek kesunyian dari Ipoh..errr..saya pun tak sangka isteri saya balik awal.. eeeeee..,tetiba Brooooooom!!! habis basah kunyup saya bersama laptop kesayangan saya termasuklah kerusi urut Nagaya saya..Saya sempat lari menyelamatkan laptop saya..tapi bolehkah ...ah!! itu isteri saya datang bawa sebaldi lagi air..lariiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!!! ..


Bidan Inspirasi -
Walaupun jika ikut saiz badan bidan, malas nak layan suami macam ni..tapi mengenangkan ilmu untuk kita kongsi..terpaksalah bidan melayannya..Serius nyer.. iyer..jika dalam situasi begini..iyer..sila bertenang dan kawal pernafasan..iyer..angkat laptop secara berhati-hati dan terbalikkan dengan pastikan laptop terbuka, buka dan tanggalkan mana-mana bahagian yang boleh dikeluarkan seperti bateri, Ram, hard Disk dan lainnya.. Lap dan jemur ditempat panas yang jauh dari gangguan ayam..iyer..Jangan gunakan alat pemanas seperti hair dryer kerana ini akan menghodohkan lagi keadaan..iyer..apabila sudah dijemur, cuba terbalikkan kedudukaanya,jika..iyer terdapat lagi air..jemur semula tanpa perlu menyidai seperti emak anda sidai kain..ulangi langkah itu iyer..sehingga betul-betul kering, cubalah hidupkan dahulu lebih kurang 30minit tanpa memasang peralatan Hard disk atau bateri, jika ok..barulah pasang Hard disk..jika tak ok..sendiri fahamler..



Alamak..ada komputer nak beranak la pulak.iyer.kita jumpa lain kali iyer..itupun jika bebudak Inspirasi ni sudi panggil Bidan.iyer.lagipun Bidan tak demand tinggi, cukup dapat beli peti sejuk 5 pintu pun dah ok..tak gitu Bos!!



006699

1 Responses to MASALAH LAPTOP KOMPUTER oleh Bidan Inspirasi

  1. genial♂ Says:
  2. blogwalking and keep the spirit alive :)

    great article!!!

     

Post a Comment

INSPIRASI ANDA

IKLAN UNTUK ANDA..JADI tunggu pe ..

NUFNANG

Followers

bookmark
bookmark
bookmark
bookmark
bookmark

LIVE PARLIMEN