TIPS KOMPUTER

INSPIRASI KESIHATAN KOMPUTER

MASALAH MONITOR KOMPUTER kes satu

Hak Milik INSPIRASI TEKNIK LAWAK Saturday, October 10, 2009




Selain sebijik komputer dan sebijik pencetak, ada lagi sebijik peralatan komputer yang berminat sama untuk mengambil pakej cuti sakit atau  mahu bersara awal iaitu monitor tetapi ade jugak yang panggil screen, tivi dan memacamlah asalkan tak lari tajuk sudah!.
Monitor pula ada pelbagai jenis yang boleh menjadi pilihan anda seisi keluarga samada mahu yang kecil,kurus atau lonjong mahupun bulat,besar dan terjojol..Untuk memahami monitor, kita perlulah merujuk kepada isi kandungan surat cuti yang dilampirkan dan jika berlaku kematian monitor pula kita perlu dapatkan  surat kematian untuk mengetahui puncanya..
Berikut disenaraikan beberapa  kes yang mampu diselesaikan oleh majikan sendiri untuk membatalkan permohonan monitor mendapat kebenaran cuti sakit.


1. Gambar kelabu, tidak terang dan bercahaya seperti sebelumnya.

2.Kena "war mup" dulu baru terang atau bahasa mudahnya kena pasang lama baru gambar keluar -panaskan engine.

3. Monitor tak boleh bertahan lama untuk memantulkan pancaran imej, selepas sejam suasana monitor menjadi kelam dan gelap gelita.


4. Warna imej dipaparkan menjadi satu color seperti semua jadi merah atau biruuu..tapi jangan takut ini bukan angkara Umno tau..

5. Monitor perlu diketuk atau ditempeleng pada bahagian kepalanya untuk mendapatkan imej yang dikehendaki.


6. Paparan imej yang dipancarkan menjadi mengecil dari saiz sebenar monitor sehingga menyulitkan kita untuk mengenal pasti "benda ape lak ni".


Jika monitor anda menyerahkan notis seperti diatas, sebagai majikan anda perlu lakukan perkara-perkara berikut untuk menghampakan hasrat monitor anda..


Buka casing monitor anda untuk kita mengenal pasti punca penyakit.


A.


- Perhatikan pada bahagian berwarna hitam (focus control) dengan merujuk pada gambar diberi, disitu akan terdapat dua atau tiga butang untuk membolehkan anda mengawal persembahan imej samada kelabu atau terang..

- Gunakan skru driver leper atau berbunga mengikut kesusaian butang disitu untuk melakukan pusingan sehingga anda pueh hati dengan paparan yang anda mahu..




Perhatikan pada bahagian Focus control













 Monitor yang mempunyai 2 butang untuk mengubah imej.










Tips - teknik ini sesuai sekiranya monitor memaparkan imej yang tidak terang seperti kelabu dan malap..


B. 


- Jika selepas dipusing pun masalah masih sama, anda perlu pula perhatikan dengan teliti pada bahagian belakang papan litarnya kerana akan terdapat bahagian Solder yang telah tertanggal. Jadi untuk kes sebegini, anda perlulah mendapatkan peralatan Soldering yang sebenarnya tidak mahal dah sekarang ni..banyak di kedai RM2..lagipun anda bukan nak pakai lama kan..
Jika anda tidak pernah buat kerja solder menyoder ini,lakukan latih tubi dengan mendapatkan peralatan eletrik lama seperti TV atau radio..berlatih sehingga anda yakin boleh buat barulah anda Solder monitor anda itu..

Kalau kes seperti perlu diketuk atau ditempeleng tadi, kemungkinan banyak tempat perlu disolder jadi anda perlu bahagikan masa untuk membuat semakan agar semua part-part yang longgar telah di solder dengan ensemnya oleh anda.


Gunakan kanta untuk melihat lebih jelas, mana bahagian part yang perlu di solder.














Satu peringatan dari kami..jangan sambungkan mana-mana part yang tidak sepatutnya..perhatikan dulu kedudukannya sebelum mula Solder..
Sekiranya monitor anda banyak wayar penyambungan yang berselirat, tandakan dengan marker untuk memudahkan anda pasang nanti..


Kalau anda ada sakit Parkinson atau tangan mudah terketar-ketar tak perlulah anda solder.. jenuh pulak nak tunggu siap kang !!!
















Untuk menyelesaikan kes-kes kematian monitor payah untuk diterangkan cuma yang perlu anda ambil tahu ialah antara punca kematian monitor disebabkan oleh


1. Kerosakan pada part-part didalamnya.

2. Kejutan eletrik..ini tidak dapat kita elakla..kalau rajin bolehlah saman TNB.

3. Diserang makhluk halus iaitu cicak-rujuk artikel kami sebelumnya..





Contoh kemalangan cicak didalam monitor.









Tips -


Berdasarkan pengalaman kami, terdapat kekeliruan ramai pengguna yang tidak tahu dan pasti samada rosak monitor atau CPU..ikuti tips diberi untuk mengelakkan anda tersalah bawa barang yang rosak ke kedai komputer untuk dibaiki..silap gaya tak pasal-pasal anda kena Caj..


- Semasa komputer dihidupkan, lampu pada monitor  memula akan menyala kekuningan atau oren, selepas itu baru bertukar hijau..Jika lampu monitor tetap  warna oren atau kuning bermakna kerosakan hanya pada CPU atau Casing..



- Jika lampu tidak menyala pada monitor setelah komputer dihidupkan, perlulah anda cuba lakukan pemeriksaan kabel dahulu, takut kabel monitor yang rosak bukan monitor..


- Jika monitor anda menggunakan penyambungan direct ke Plug - rujuk gambar diberi, gantikan dengan kabel (power code)  yang dipasang pada komputer  dan cuba hidupkan..Kalbe untuk monitor yang disambung terus ke Plug adalah sama dan serupa dengan yang digunakan untuk komputer.. jika ok maknanya kabel monitor anda yang rosak..


Cabut Powercode yang digunakan seperti gambar disebelah.










Kabel untuk Vga ini tak perlulah disambungkan kerana kita nak pastikan samada monitor ok atau tidak jer..













Lakukan teknik yang sama sekiranya monitor anda dipasang direct ke komputer,gunakan power code atau kabel komputer anda sahaja..tanpa perlu buang masa pergi pinjam..



Ini bentuk kabel yang disambung terus dari monitor ke komputer. 


























Kalau monitor tetap juga tidak mahu hidup..barulah boleh anda panggil tok imam untuk kebumikan monitor anda yang telah sampai ajal itu..buat kenduri jika perlu..


Jumpa lagi dalam Monitor kes ke2 dan Selamat mencuba..






0 ULASAN Anda

Post a Comment

INSPIRASI ANDA

NUFNANG

Your Electronic Warehouse - Save on select Bose® products
New Barnes & Noble Membership Program!
Gifts for Grads
nook-The Ultimate Gift for Mom
Discount Golf World - FREE Gift with the Purchase of Select Bridgestone and Precept Golf Balls

Followers

Gifts for Grads
Pre-Order 'The Short Second Life of Bree Tanner : An Eclipse Novella'
bookmark
bookmark
bookmark
bookmark
bookmark

LIVE PARLIMEN