TIPS KOMPUTER

INSPIRASI KESIHATAN KOMPUTER

MASALAH PRINTER @ PENCETAK terkena sawan kertas

Hak Milik INSPIRASI TEKNIK LAWAK Tuesday, October 6, 2009




Adaptasi dari Ebook Hikayat format komputer.. 
 

Dengan adanya Printer @ bahse melayunye disebut Pencetak, barulah dikatakan komputer anda telah langkap lebih-lebih lagi jika anda memiliki Pencetak yang bermacam fungsi boleh Fax, Scan, Copy dan sebagainya.. dan yang terbaru masih dalam peringkat kajian..siap boleh basuh kain ler..he..he..

TIdak kiralah apa jua jenis pencetak yang anda gunakan, seperti juga komputer pencetak juga telah menempah pakej masalah untuk merumit dan menyusahkan kerja anda.. Kali ini kita lihat beberapa pakej penyakit yang telah ditempah oleh pencetak.


1. Pencetak tidak dapat dikesan..

Walaupun anda meletakkan pencetak disebelah komputer,ianya masih tidak dapat dikesan kehadirannya oleh komputer anda, jika masalah begini berlaku tak perlulah anda angkat pencetak dan letak dihadapan monitor dan cakap " Ha!! nampak ni..nampak!!"..ini kerja buang masa jer..he..he..
Pakej penyakit tidak dapat dikesan ini ada  A dan B..

A. Sebelum pencetak dipasang.

- Pastikan anda melakukan proses penyambungan yang betul dan benar belaka, Kabel api @ Power Code  dan kabel Usb dipasang.. Tak kenal kabel ni tengok gambar dibawah.


Contoh kabel Power untuk pencetak..Jika pencetak tak hidup,cuba tukar kabel lain dulu..

























Ini pula Usb yang digunakan oleh Pencetak, tidak terdapat dikedai menjual baja, tetapi ada juga di Giant.























Ini pula contoh kabel bagi pencetak model lama yang masih digunakan hingga kini..masalah kerosakan biasanya pin bengkok atau patah pada bahagian penyambungnya.


























- Jika pemasangan anda mengikut tahap piawaian dan disahkan betul, tetapi masih tidak dapat dikesan juga, matikan komputer jangan diri anda..matikan juga pencetak dan cabut Kabel USB tadi..kemudian hidupkan semula komputer sehingga proses Start Up selesai..Tak tahu pulak macam mana proses start up..tengok gambaran diberi.

 Beginilah gambaran proses start up, ianya sama seperti sewaktu komputer anda mula dihidupkan..tunggu hingga semua selesai atau mudahnya..Hard disk dah mendiamkan diri..barulah anda mulakan tindakan tadi..







- Apabila komputer sudah aman, tidak bergerak lagi, sambungkan Kabel USB untuk pencetak tadi dan lihat ada tak keluar "Found New Usb or sebagainya", jika ada teruskan Install dengan menggunakan Driver yang disediakan,jangan pergi panggil En. Hatta Driver Bas sudah!!..

_ Jika komputer membisu yang bermakna tiada jugak kesan pencetak tadi..cuba tukar Kabel USB yang lain, pinjam ler dari sesapa yang berdekatan untuk mengenal pasti punca masalah..

- Kalau tak ok juga masalah ini, anda perlu semak keadaan USB PORT samada dimatikan fungsinya (Disable) didalam Bios @ Cmos anda. Rujuk gambaran dibawah untuk arahan Cmos. Jadikan semua arahan untuk USB Enable, untuk membolehkan ianya digunakan.

Contoh arahan Usb yang boleh didapati dari dalam Bios@Cmos..
















- Masih tak ok juga,maknanya terdapat dua kemungkinan, Pencetak yang dibeli itu memang memesan pakej penyakit "Pencen sebelum bekerja " ataupun USB Port komputer anda bermasalah. Kalau Pencetak bermasalah, pergi tukar ajer yang baru..kalau USB Port ada masalah anda boleh gunakan dengan menambah  Kad Usb seperti contoh dibawah.


Inilah rupanya USB kad yang boleh digunakan sebagai ganti sekiranya port Usb pada komputer anda rusak.




























B. Selepas Pencetak dipasang dan digunakan.

Jika masalah belaku selepas Pencetak dipasang atau setelah digunakan buat sendiri beberapa siri penyiasatan tanpa perlu bantuan dari Penyiasat Conan.lagipun masalah juga jika pencetak anda rosak hari Jumaat atau Sabtu..Conan keudara hari Selasa jer..itupun jika dia terlibat dalam kes kerosakan Pencetak..kalau tak ada..naya ler..





Setiap selasa 7.30 malam hanya di TV3,..





























- Lakukan penyiasatan keatas Ink atau Catridge yang digunakan,samada bermasalah atau tidak, dakwat dah abis atau tersumbat rujuk tips dibawah..

- Cuba padam semua Installer Pencetak dan Setup semula menggunakan Driver yang diberikan sewaktu anda membeli, jika tiada boleh muat turun dari Internet atau beli dikedai komputer bukan di kedai Makan mamak. 
Jika anda mahu muat turun atau beli dari kedai komputer, pastikan jenama pencetak dengan modelnya..jangan sampai ditanya  semua dijawab ENTAH..Printer ape?..Model ape?..Dan jangan pula suruh emak atau ayah anda yang tak tahu apa-apa tentang komputer untuk membeli driver..karang naya.."Dik,bagi Driver Canon MP45 sekilo?".. tak ke itu telah menjejaskan tahap kesihatan tokey kedai komputer itu namanya..  



- Bukak Casing Pencetak dan tengok mana tahu ada cebisan anggota kertas yang tertinggal didalamnya semasa kemalangan ngeri melibatkan kertas dan pencetak.

- Cuci bersihkan Catridge terutama pada bahagian IC atau pada pemegang Catridge pada pencetak ,teknik ini sesuai jika Pencetak anda jenama HP..




Jangan tak tahu, pengorek telinga ni banyak fungsinya dalam bab menjamin kebersihan komputer ni..




















- Cuba buat penyiasatan juga pada Kabel,Usb Port atau Pencetak dengan ikuti langkah yang telah diterangkan diatas tadi..


- Kesilapan memasang Driver juga akan menyebabkan pencetak tidak dapat dikesan atau gagal berfungsi,jadi pastikan model pencetak  sama dengan driver yang digunakan..


2. Pencetak gagal berfungsi..


Sama juga dengan masalah diatas, tetapi pada bahagian ini ditunjukkan serba sedikit teknik dan tips yang anda boleh gunakan untuk mengelakkan pencetak berjaya mengambil cuti sakit.


- Jika anda menggunakan teknik isian semula iaitu Refill, jangan isi sampai penuh, isi ikut sukatan dan keperluan sahaja kerana jika penuh,setiap kali Catridge bergerak, ink akan tumpah meyebabkan kerosakan boleh berlaku pada pencetak dan Catridge..terutama yang menggunakan penutup Saletip(tul ke eja ni) murah.
Jika anda Refill Color jangan salah masuk susunan warna,pastikan rujukan untuk proses masukkan warna ..tengok contoh gambar untuk catridge Canon..



- Jangan cetak kertas yang tebal pada Pencetak anda seperti manilakad ataupun asen vanila, ini akan menyenangkan proses pencetak mendapat surat cuti awal..


- Tunggu dengan sabar sehingga cetakan tamat,jangan tarik sebelum waktunya..jika anda tutup komputer sedangkan arahan cetakan masih ada, sila pastikan dulu dengan ikuti langkah ini..
Berberak ke printer anda..cancel..


- Selalu menggunakan arahan Ink Management yang terdapat pada pencetak untuk mendapatkan mutu kualiti cetakan yang sentiasa memuaskan.


- Jangan biarkan pencetak tidak digunakan untuk tempoh yang lama, kerana Ink boleh kering..jika ink kering, cuba rendam gunakan air panas ikut contoh diberi..



Rendam bahagian bawah sahaja,jangan semua ..


















C. Panduan memilih pencetak.

Untuk mengelakkan anda kerugian dan pening kapla, kami berikan beberapa tips lagi sebagai pedoman dan panduan untuk kita membeli pencetak.


- Pastikan pencetak yang hendak dibeli, jenamanya mudah didapati kerana jika anda beli pencetak yang jenis pelik-pelik, anda mungkin menghadapi kesukaran mendapatkan Ink atau Catridgenye dan mungkin juga harganya lebih mahal dari harga pencetak..


- Untuk jimat biasanya kita akan memilih pencetak yang boleh gunakan Ink diluar atau dipanggil Ciss. Elakkan dari membeli pencetak yang boleh di Refill dari luar seperti jenama Canon ataupun Epson (padan dengan namanya Ciss!!) , ini kerana sering berlaku masalah seperti wayar tersangkut,tersepit dan sebagainya, Jenama Brother boleh dijadikan pilihan kerana Refill untuk Ink diletakkan pada pemegang Catridge..lihat perbezaan antara jenama Canon dan Brother.
 



Perhatikan wayar-wayar yang berselirat inilah akan mendatangkan masalah dikemudian hari..















Lihat pula kedudukan Ciss yang digunakan oleh Brother, ianya nampak lebih selamat dan memudahkan..

 
- Jika anda berkemampuan, bolehlah menggunakan Pencetak laser yang  cepat dan menjimatkan kerana menggunakan Ink Toner..


Selamat Mencuba.









2 ULASAN Anda

  1. AkuLaNS Says:
  2. TQ bro...byk info aku tgah cari ink refill ni..

     
  3. Cari lan jangan tak cari..jangan ko tibai dakwat pen pilot sudah..he..he..

     

Post a Comment

INSPIRASI ANDA

NUFNANG

Your Electronic Warehouse - Save on select Bose® products
New Barnes & Noble Membership Program!
Gifts for Grads
nook-The Ultimate Gift for Mom
Discount Golf World - FREE Gift with the Purchase of Select Bridgestone and Precept Golf Balls

Followers

Gifts for Grads
Pre-Order 'The Short Second Life of Bree Tanner : An Eclipse Novella'
bookmark
bookmark
bookmark
bookmark
bookmark

LIVE PARLIMEN