TIPS KOMPUTER

INSPIRASI KESIHATAN KOMPUTER

PANDUAN memiliki komputer dengan keluarganya

Hak Milik INSPIRASI TEKNIK LAWAK Thursday, October 8, 2009




Panduan ini boleh digunakan untuk mereka-mereka yang baru nak beli komputer ataupun yang sudah memiliki komputer dan memerlukan alat ganti dan sebagainya..Manelah tahukan dizaman meleset ini, kita ingat nak jimat,,tetapi berlaku sebaliknya..


1. Kedudukan tempat dan jarak.


Berdasarkan pengalaman dan pemerhatian,kebanyakkan dari kita semua nak beli yang murah termasuklah si tukang taip ini..he..he..seperti contoh duduk di Kelantan tapi beli komputer di Plaza Low Yatt kerana memang murah pun kat situ..Nak beli dimana-mana tidak salah..tetapi kita harus ingat kita bukan beli benda yang nilainya sekupang dua..


Bayangkan begini sahaja, bagaimana sekiranya komputer yang dibeli itu bermasalah? Sanggup dan cukupkah modal ulang alik ke Low Yatt? Komputer baru akan diberi jaminan setahun atau lebih (bergantung kepada kedai) jadi selama setahun mestilah anda terpaksa ulang alik kesana untuk mengelakkan dikenakan bayaran jika dihantar dikedai lain..contoh paling mudah ialah format..kos format biasanya dibawah RM50..kalau anda hantar ditempat anda beli mungkin dapat percuma..tetapi kos tambang bagaimana?..Jadi pilihlah kedai yang berhampiran tempat anda..


2. Pastikan kedai.


Selain tempat ,pastikan juga kedai komputer yang menjadi mangsa anda itu wujud dan sering beroperasi..jangan yang jenis bukak setahun sekali..Jika anda pergi ekspo atau pameran seperti PC Fair dan sebagainya..pastikan kedai yang dipilih betul ada, bukan jenis meniaga di PC fair ajer bak kate orang.."Dapat murah ..tapi dapat sakit"..


3. Buat semakan harga.


Masuk dan cari di internet tentang harga komponen atau komputer semasa yang hendak dibeli (boleh tengok di Lowyat.net dan lainnya) , nilai dan buat penilaian dengan harga yang ditawarkan ditempat anda agar harganya tidak melampaui batasan dan norma-norma kehidupan..kalau di Low Yat RM20, ditempat anda RM25 oke ler tu..


4. Pilihan komponen atau komputer..


Samada komponen atau komputer yang hendak dimiliki itu berjenama atau tidak bergantung kepada Budjet anda sendiri.. jika mau murah pilih yang Klon pun ok.. kerana nak kata jenama atau yang klon lebih bagus atau tahan lasak pun tak boleh jugak.. kengkadang yang jenamapun rosak jugak..senang cerita beli peralatan komputer ni ikut nasib juga sebenarnya..


- Bagi alat ganti pula pastikan anda tahu jenis apa yang digunakan seperti contoh  jenis Tetikus Usb atau Ps2, Hard disk Sata atau Ide, Pci atau Agp Kad dan sebagainya,jika rajin bawak ajer contoh...bukan kena saman pun..


5.Tempoh jaminan ..


Dapatkan penjelasan dan maklumat dari pekedai tentang tempoh jaminan dan keistimewaan yang diberi..manelah tahu beli komputer dapat tilam Vono percuma..Resit dan bukti pembelian jangan lah buang..simpan..


6. Semakan komponen dan perisian. 


Semak keadaan komponen atau komputer yang hendak dibeli, selain untuk memastikan barang itu elok, pastikan juga anda mendapat barang yang up to date seperti jenis dan saiz Ram, Hard Disk dan sebagainya..misalnya komputer sekarang biasanya dilengkapkan dengan LCD Screen bukan monitor lagi..


- Pastikan komputer yang hendak dibeli memenuhi tahap piawaian anda..seperti bidang anda ialah grafik pastilah anda memerlukan komputer yang mampu menjalankan perisian yang akan digunakan tanpa sebarang masalah seperti menggunakan Display 3D. Gunalah internet untuk rujukan,banyak sumber boleh dicari..


7. Anda dapat apa yang anda bayar.


Ini selalu tidak dititik berat dan cuba diketengahkan oleh pembeli iaitu memastikan anda mendapat 


- Lakukan penyiasatan ke atas barangan untuk mengelakkan penipuan sebagai contoh Ram anda beli 2Gb,pastikan pada komputer pun dipaparkan 2gb(boleh rujuk artikel kami sebelum ni) ..ingat komputer tidak boleh menipu..yang menipu orang..


- Jika anda membeli perisian yang tulen,pastikan anda mendapat CD dan covernyer..


- Driver komputer selengkapnya seperti juga Pencetak atau AGP Display kad.


- Jika beli laptop pastikan ada disediakan beg dan beberapa aksesori lain.


- Pencetak selain mempunyai CD driver,pastikan kabel cukup begitu juga dengan katrij..


8. Semakan akhir..


Buat semakan keatas perisian agar semua boleh digunakan..
Buat semakan terakhir agar semua kelengkapan komputer anda cukup,tidak ada yang tertinggal..Tuan kedai tu tak perlah anda tinggalkan,jangan tetiba keybord tertinggal pulak!! Isk..iskk..


9. Panduan akhir..


Jika anda mahu membeli  komputer seken hand atau menggunakan bahasa komputer dipanggil "Repullbish" 


- Jangan beli yang terlalu lama kerana kos alat ganti akan menjadi lebih mahal seperti menggunakan Ram SD.


- Walaupun barang lama,biasanya ada juga tempoh jaminan disediakan..kena tanya mana tau diberi jaminan 10 tahun..untung anda..


- Kelengkapan seperti driver dan sebagainya perlu diberi keutamaan.


10. Selamat mencuba..



0 ULASAN Anda

Post a Comment

INSPIRASI ANDA

NUFNANG

Your Electronic Warehouse - Save on select Bose® products
New Barnes & Noble Membership Program!
Gifts for Grads
nook-The Ultimate Gift for Mom
Discount Golf World - FREE Gift with the Purchase of Select Bridgestone and Precept Golf Balls

Followers

Gifts for Grads
Pre-Order 'The Short Second Life of Bree Tanner : An Eclipse Novella'
bookmark
bookmark
bookmark
bookmark
bookmark

LIVE PARLIMEN