TIPS KOMPUTER

INSPIRASI KESIHATAN KOMPUTER

PEMASANGAN LAN INTERNET STREAMYX WIFI tutorial yang real

Hak Milik INSPIRASI TEKNIK LAWAK Saturday, October 17, 2009





Ok kita sambung lagi Tutorial yang real ini..iaitu dalam Fasa kedua iaitu proses pemasangan iaitu Eh!!..berapa banyak iaitu da!!..hehe..bila perut kenyang nak menaippun jadi tak tentu arah..he..he..


2. Proses Pemasangan dimulakan tanpa paluan kompang..


a) Langkah pertama ialah kita perlu mengenal pasti komputer mana yang hendak dijadikan Server atau dimudahkan jadi begini..komputer server ialah komputer yang akan mengawal semua pergerakan Internet  didalam jajahan takluknya menggunakan fungsi LAN..ringkasnya jika komputer Server tidak dihidupkan,komputer lain tidak dapat menggunakan Internet ataupun berkongsi rangkaian hubungan sulit seperti untuk cetakan atapun berkongsi permainan (game leni ),gambar, fail,lagu dan sebagainya. Konsep ini lebih kurang sama seperti yang dipasang pada Internet Cafe.


Konsep komputer server boleh diubah secara Automatik, tetapi memandangkan tuan rumah tidak mahu kerana untuk  mengelakkan penggunaan Internet semasa beliau tiada dirumah,konsep secara manual ini boleh digunakan..Jika kami ada kesempatan, kami akan ajar pula bagaimana nak buat Server jadi Automatik..


b) Setelah dikenal pasti komputer untuk dijadikan server, kita perlu melengkapkan kesemua komputer dengan perkara-perkara berikut


- Menetapkan nama komputer
- Menetapkan nama kumpulan (Workgroup)
- Menetapkan IP No yang akan digunakan..
Ketiga-tiga perkara diatas perlu dilakukan agar proses pemasangan dapat dilakukan dengan mudah..Kerosakan juga dapat dikesan dengan mudah kerana kita telah menetapkan nama komputer ..


Untuk menetapkan nama komputer dan Kumpulan, ikuti langkah dibawah..


Dapatkan arahan Control Panel dan Klik pada Network Setup Wizard



Klik pada Network Setup Wizard























Klik Next untuk teruskan























Klik Next lagi sehingga anda menemui paparan ini..
Klik pada pilihan ke 2 untuk meneruskan..
Pilihan pertama boleh juga dipilih tetapi prosesnya agak rumit untuk dilaksanakan..

















Ruang untuk Computer desciption boleh dikosongkan atau tidak perlu di isi
Isikan dengan nama komputer yang dikehendaki pada kotak Computer Name..seperti kami namakan komputer Server ini sebagai PC01

















 Namakan pula untuk kumpulan atau Workgroup,seperti disini kami namakan GENG07.



















Klik pada Turn On file.... untuk memudahkan kita berkongsi cetakan,fail dan sebagainya diantara semua komputer rangkaian.



















Klik Next lagi sehingga anda menemui tayangan wayang percuma ini, tunggu sehingga wayang ini selesai sebelum tekan Next lagi,



















Klik pada arahan akhir Just Finish...
sebelum kita tekan Next lagi..





















Apabila fungsi Next telah ditamatkan perkhidmatannya,Klik pada Finish untuk menamatkan arahan ini..



















Apabila keluar arahan Restart seperti ini, tekan No kerana kita perlu mengubah IP No terlebih dahulu..






- Lakukan langkah ini untuk komputer lain yang mahu dirangkaikan tadi..


Untuk menetapkan IP No, langkah pertama ialah kita perlu ketahui apakah IP NO yang digunakan pada ADSL MODEM..
gunakap komputer Server, masuk kedalam Internet,apabila telah masuk Internet, lakukan gerakan ke Menu Start dan klik pada RUN, Pada Run taip CMD..apabila kotak MSDOS dipaparkan taipkan IPCONFIG..paparan No IP akan dipaparkan yang kebanyakkannya adalah 192.168.1.1 ataupun 10.0.0.1


Selain dari langkah yang telah diterangkan tadi., satu lagi cara kita boleh melihat pada buku Manual ADSL MODEM yang dibekalkan..
Katakanlah kita memperoleh No IP 192.168.1.1,


Setelah No IP tadi kita perolehi, masuk kedalam Control Panel semula dan klik pada Network Connections



Klik kanan pada Local Area Connection dan pilih arahan Properties.



















Klik pada Internet Protocol(TCP/IP) dan klik lagi sekali pada Properties.























Perhatikan pada kotak arahan ini..
- Ubah No IP yang kita ambil tadi dibahagian hujung sahaja dan masukkan di kotak IP Address..
-  Anda boleh mula guna No IP Address mengikut kesukaan anda,tetapi tidak boleh sama dengan NO IP,seperti contoh anda mula dengan no 3 hingga seterusnya.
- No Subnet Mask akan masuk secara Automatik setelah kita betul memasukkan No IP Address..
- Default Gateway adalah untuk No IP kita tadi begitu juga dengan Preferred DNS..










Jika anda masih ingat, pemasangan ini dilakukan untuk 4 komputer, jadi ulangi langkah tadi seperti gambaran yang diberi dibawah sebagai rujukan
PC 02                                 PC03                                     PC04     -      Ini adalah nama komputer
Geng07                               Geng07                                  Geng07   -     Nama kumpulan mesti sama.
192.168.1.3                        192.168.1.4                           192.168.1.5 - No IP Address mengikut turutan.
Subnet Mask, Default Gateway mahupun Preferred menggunakan IP NO yang sama..


c) Setelah selesai pengubahsuaian dilakukan,barulah kita boleh membuat penyambungan kabel-kabel menggunakan peralatan seperti dalam artikel yang pertama.


Terdapat dua perkara perlu diambil perhatian dalam fasa ini..
Pertama kita andaikan anda menggunakan Adsl Modem yang tidak mempunyai Port untuk Lan dibelakangnya seperti yang biasa dibekalkan oleh TM..



Contoh Adsl Modem yang dibekalkan oleh TM untuk Streamyx.






















Untuk Modem jenis ini, anda perlu menggunakan fungsi HUB..
Penyambungannya adalah seperti berikut :



































- Jika anda menggunakan ADSL yang mempunyai Port untuk LAN ikuti langkah dibawah..

 Beginilah lebih kurang proses penyambungan untuk LAN yang telah dilakukan ..


d) Untuk jimat dan elakkan pembaziran merata-rata, satu Pencetak sahaja akan digunakan pada komputer Server untuk dikongsi ramai-ramai..
- Dapatkan Control Panel dan klik pada Printer and Faxes, Klik kanan pada nama Pencetak yang telah siap dipasang(Install) dan klik pada Properties..

- Klik pada Sharing dan klik pada Share this Printer sebelum klik lagi pada ok.


Tips


Untuk penyambungan Laptop yang mempunyai Wireless sila ikuti artikel kami sebelum ini..


Selamat Mencuba












0 ULASAN Anda

Post a Comment

INSPIRASI ANDA

IKLAN UNTUK ANDA..JADI tunggu pe ..

NUFNANG

Followers

bookmark
bookmark
bookmark
bookmark
bookmark

LIVE PARLIMEN