TIPS KOMPUTER

INSPIRASI KESIHATAN KOMPUTER

WINDOWS DAN BUNYI-BUNYI menarik edisi 2

Hak Milik INSPIRASI TEKNIK LAWAK Wednesday, October 21, 2009




Kami ada menerima beberapa email yang soalannya hampir sama (mungkin mereka ni berpakat kot ) mengenai mengubah sistem bunyi(sound) pada Windows supaya lebih menarik..Menurut mereka artikel yang dibuat sebelum ini terlalu ringkas untuk mereka faham..
Jadi dalam Artikel ini kami cuba menajamkan lagi teknik tersebut semoga dapat membantu bukan sahaja mereka tetapi semua pengunjung blog kami.. Jika anda tidak faham apa maksud artikel ini..ceritanya lebih kureng begini..

- Bagaimana kita nak bagi Windows menjadi menarik seperti dapat mengeluarkan arahan atau bunyi-bunyian mengikut kehendak kita sendiri..sebagai contoh..jika pada Start Windows kita dapat masukkan ayat Assalamualaikum ataupun lagu kegemaran kita .. bila tersalah tekan keluar bunyi " Hoi!! Salah tu!!..bila nak tutup keluar bunyi " Terima Kasih esok jumpa lagi!! dan memacam lagilah.

Peralatan yang akan digunakan sebenarnya tidak susah, pertamanya anda mesti mempunyai Microphone yang akan digunakan untuk proses rakaman suara.. Jika anda selalu menggunakan YM rasanya Microphone sudah tidak asing bagi anda..jika tiada kenalah pinjam dari ketua kampung ker..ketua balai ker..

Sebelum kita memulakan proses Dubbing atau Rakaman suara, persiapkanlah diri anda dengan suara yang semerdu yang boleh..Lakukan latihan suara terlebih dahulu untuk menghasilkan suara yang merdu..nyaring dan aman..

Apabila sudah bersedia..kita mulakan..

1. Dapatkan Menu Sound Recorder melalui arahan Start - Program - Accessories - Entertaiment - Sound Recorder seperti gambaran dibawah.














Tekan Button merah untuk mula merakam..
Jika salah Gunakan arahan File dan pilih New..
Anda digalakkan supaya mengenal pasti apa yang mahu diperkatakan..
Disini kami bagi contoh ..yang lain terserah pada kreativitimentaliti anda sendiri..
- Mula komputer -Bagi Salam ker Bismillah ker
- Mula Program - Berhati-hati dan harap bersabar
- Kesilapan     - Ha..buat ape tu !!!
- Tutup Pc - Jumpa lagi ya!!!



Tips-
Jangan membebel tak tentu pasal ataupun cerita kisah hidup anda untuk digunakan sewaktu komputer mula start..patut-patutler..

Rujuk gambaran dibawah untuk lebih faham..



Gunakan Button ini untuk memberhentikan proses rakaman.










Gunakan Button ini untuk melihat hasil rakaman yang telah dibuat oleh anda..











Setelah anda puas hati..klik file dan Save As











Klik pada bahagian bertanda merah untuk anda memilih tempat(folder) untuk disimpan..











Gerakkan petunjuk arah hingga anda menemui Windows/Media kerana kita perlu simpan disini untuk memudahkan urusan.








Simpan dengan nama yang boleh mudahkan anda faham seperti Mula.pada ruang file Name..

Sebelum anda klik Save,pastikan Save as Type dipaparkan *.wav seperti gambaran sebelah..







2. Setelah selesai fasa pertama tadi kita beralih angin pula ke Fasa ke dua iaitu memasukkan bunyi tadi supaya dapat berfungsi..

- Segera dapatkan Control Panel dan Klik pada Sound and Audio Devices













Seterusnya klik pada Sounds supaya anda tidak disounds oleh kami..











Gunakan petunjuk arah kebawah untuk memilih arahan yang akan digunakan..pda peringkat ini anda perlu tahu dimana kedudukan fungsi bunyi yang akan dimasukkan..
Seperti gambaran disebelah, untuk memulakan program,arahannya ialah Menu Command..






Gunakan arahan Browse untuk kita mula mencari fail tersebut.











Klik untuk mencari folder Windows/Media dan klik pada fail yang telah disimpan tadi..dah jumpe klik ler OK..








Untuk mengelakkan kesilapan ,klik pada bahagian bertanda untuk cubaan mendengar..
Jika salah arahan atau bunyi salah,ulangi langkah tadi dengan memastikan petunjuk arah anda berada pada arahan yang betul.

Apabila semua dipastikan betul..bolehlah klik OK ataupun Apply..






Jika anda mahu menggunakan lagu kegemaran.,

- Sila Convert terlebih dahulu lagu tersebut kepada dari mp3 ke .WAV-perisian boleh dapat Dari sini

- Sila singkatkan lagu tersebut agar tidak terlalu panjang..boleh gunakan Nero atau Converter..

Ulangi langkah yang ditunjuk tadi untuk proses memasukkan bunyi-bunyi..

Selamat Mencuba.

















2 ULASAN Anda

  1. Unknown Says:
  2. aa.project pelik boleh buat time bosan.keke.

     
  3. buat jangan tak buat..bukan susah pun..biar orang yang cuba gunakan komputer ko pinsan 3 hari 2 malam..

     

Post a Comment

INSPIRASI ANDA

NUFNANG

Your Electronic Warehouse - Save on select Bose® products
New Barnes & Noble Membership Program!
Gifts for Grads
nook-The Ultimate Gift for Mom
Discount Golf World - FREE Gift with the Purchase of Select Bridgestone and Precept Golf Balls

Followers

Gifts for Grads
Pre-Order 'The Short Second Life of Bree Tanner : An Eclipse Novella'
bookmark
bookmark
bookmark
bookmark
bookmark

LIVE PARLIMEN