TIPS KOMPUTER

INSPIRASI KESIHATAN KOMPUTER

ANTI VIRUS MASALAH PADA pengguna

Hak Milik INSPIRASI TEKNIK LAWAK Monday, November 16, 2009





Dalam sehari dua kebelakangan ini, kami sibuk dengan mengemaskini urusan KEKOMSYA, maklumlah dah hujung tahun memacam perlu dibuat, akaunlah, ubah suai itulah  inilah dan memacam lah..Apapun kami terpaksa juga bahagikan masa untuk melayani beberapa persoalan yang tidak putus-putus dikirim oleh para pesakit diluar sana.
Kami juga minta maaf kerana tidak semua persoalan dapat di posting ke sini kerana kesuntukan masa, yang penting kami dapat beri jawapan melalui email..


Apabila dikeluarkan artikel " Anti virus murah untuk anda", ramai yang berminat untuk memilikinya..syukur.. tapi ramai juga yang berminat bertanya soalan yang kebanyakkannya lebih kurang sama, kita lihat beberapa persoalan dan jawapan yang diberi.


Contoh Soalan yang biasa ditimbulkan dari dasar otak para pengguna..


1. Untuk jimat, kami kongsi beli Anti Virus, masalahnya jika kawan saya tipu saya macam mana?  Tidakkah ada cara lain yang boleh digunakan selain Lock key yang diberi ?
 
-
Masalah kawan makan kawan, kami pun tak dapat berbuat apa-apa, ini diluar kemampuan kami, itulah sebabnya kami meminta anda memilih kawan yang benar-benar jujur. Tentang lock key yang kami beri anda boleh gunakan begini, jangan beritahu kawan anda apa key lock tersebut, anda sendiri simpan, jika ada masalah kawan anda perlu rujuk anda semula, tapi jika anda nak buat begini, perlulah diterangkan betul-betul, jangan kawan anda kata anda pula nak kenakan dia..


2. Saya ada beli anti virus Kaspersky dari tempat lain baru-baru ini, selepas hampir 2 minggu saya gunakan Anti virus tersebut, saya ambik keputusan untuk format semula komputer.Masalah saya bila saya aktifkan anti virus tersebut, tempoh masa diberikan sudah jadi pendek, tidak sampai setahun, kenapa?


-
Langkah pertama yang perlu anda lakukan ialah dapatkan Serial No anti virus dan cuba email pada Laman Web Kaspersky dan nyatakan masalah anda kerana
- Setiap Serial No ada mempunyai tarikh tertentu yang dikawal oleh Kaspersky untuk mengelakan penipuan.
Punca masalah ini biasanya kerana
- Terdapat keraguan di atas nombor yang digunakan samada ada persamaan dengan pengguna lain atau sebaliknya.
- Sebaiknya hubungi pekedai tempat anda beli anti virus tersebut takut-takut nombor yang diberi telah pun digunakan sebelum ini..


3. Bolehkah gunakan Anti Virus ini tanpa perlu guna Internet?


-
Boleh, tetapi tidak digalakkan kerana anda perlu Update untuk kemaskini anti virus tersebut.


4. Adakah Fungsi Update Anti Virus ..perlukah di Update setiap masa?.


-
Update Anti Virus tulen berbeza dengan Update yang cap ayam, kerana update anti virus tulen ialah untuk kemaskini perisian anti virus anda disamping jika terdapat virus baru yang muncul , anti virus dengan segera dapat mengesannya. Proses Update tidak perlu setiap masa, cukup sebulan sekali dan apabila keluar arahan Update Corrupt,




5. Apabila saya menggunakan anti virus tulen, tiba-tiba saya format komputer, adakah saya perlu isikan semula anti virus tersebut dengan nombor license, adakah tempoh masanya akan berubah seperti berkurangan atau sebaliknya.


- Setelah dipasang dan tiba-tiba anda format komputer, pemasangan anti virus hendaklah dilakukan semula dengan masukkan info yang diperlukan seperti no license dan proses update, tempoh masa pasti akan berkurangan . Tetapi ianya akan merujuk kepada tarikh anda masukkan semula anti virus tersebut. Katakanlah komputer anda rosak pada 19hb hingga 25hb, anda masukkan anti virus pada 26hb, jadi tarikh berkurangnya akan bermula pada 26hb..


6. Mana lebih elok, masuk anti virus tulen terus  atau kena format dahulu?


-
Cara yang paling elok dan berkesan ialah anda format dahulu komputer sebelum dimasukkan anti virus tulen , kerana jika terdapat virus dalam komputer anda, takut berlaku gangguan pada Sistem dan banyak perisian anda perlu Intall semula sebab telah di Kuarantin oleh anti virus, lakukan backup sebelum format untuk menyelamatkan fail penting anda,.


7. Kenapa Kaspersky saya tidak boleh dipasang pada komputer? Adakah saya perlu Format?.


-
Perkara pertama jika anda memilih anti virus Kaspersky ialah anda mesti memastikan didalam komputer anda tidak terdapat anti virus lain seperti Avira, Avg dan sebagainya, jika ada anda perlu padam kesemua anti virus tersebut barulah kaspersky boleh dimasukkan.
Jika tidak terdapat anti virus lain dalam komputer, tetapi Kaspersky tetap tidak dapat dimasukkan barulah anda cuba proses Format..


8. Macam mana saya nak tahu Anti Virus yang dibeli itu belum digunakan lagi?
 
-
Lihat pada kotak yang dibungkus dengan plastik, jika plastik terbukak..faham ajerlah.. Langkah lain, biasanya kad License perlu digores terlebih dahulu, lihat samada terdapat kesan gores atau tidak.


9. Apa beza anti virus Internet security dengan yang biasa? Kalau guna yang biasa adakah komputer kita selamat jika gunakan Internet?


-
Jika nak cerita beza keduanya memang banyak, tetapi untuk lebih selamat dan anda menggunakan Internet, Anti Virus Internet security lebih baik untuk mengesan kehadiran Spyware, Adware atau malware..tetapi jika anda pakai yang biasa pun selamat jugak..ceritanya sama dengan minyak Ron95 dengan Ron97..he..he..


10. Kenapa Anti virus yang ditawarkan berbeza-beza dari segi harga?..


-
Ini soalan cepu mas, tawaran harga yang berbeza biasanya bergantung kepada pembekal, kami tidak mempunyai jawapan khusus kerana ada pembekal yang dapat beri harga yang murah ada yang sebaliknya..





Selamat Mencuba dan Terima kasih pada yang telah membeli Anti virus..








0 ULASAN Anda

Post a Comment

INSPIRASI ANDA

IKLAN UNTUK ANDA..JADI tunggu pe ..

NUFNANG

Followers

bookmark
bookmark
bookmark
bookmark
bookmark

LIVE PARLIMEN