TIPS KOMPUTER

INSPIRASI KESIHATAN KOMPUTER

FAKTA melalui logik akal

Hak Milik INSPIRASI TEKNIK LAWAK Friday, November 6, 2009




Ini Realiti dalam kehidupan kita seharian.
Anda mahu hidup senang? Anda mahu kaya? Jawapan tidak cuma akan diberikan oleh orang yang kurang akal sahaja jika soalan ini ditanya..tetapi macam mana caranya? Caranya anda kena berusaha, tanpa berusaha anda pasti tidak mampu untuk hidup senang..

Ini  Realiti dalam kehidupan Internet..
Lihat ayat diatas dan perhatikan pula ayat ni.. Terdapat cara mudah untuk kaya.. Tanpa modal ,dengan goyang kaki saja anda mampu menjana pendapatan beribu-beribu sehari !!! Memang menarik jika faham maksud ayat diberi..tetapi adakah semudah itu ?..

Lihat pula contoh ini.. Ahmad telah mengeluarkan modal RM1 untuk membeli benih pokok getah. Sampai dirumah Ahmad tanam benih tersebut dibelakang rumah dan tanpa perlu buat apa-apa Ahmad tunggu benih itu membesar dengan sendirinya.. Logik akal kita adakah Ahmad boleh berjaya dengan caranya itu ? Begitulah keadaannya dengan ayat goyang kaki kita boleh kaya?..

Apakah pula beza jual produk sendiri  dengan jual iklan orang? Jual produk sendiri ,mungkin anda akan boleh kaya jika produk anda dibeli ramai orang, manakala jual iklan  orang anda payah nak kaya, malah tak akan kaya, kerana yang akan kaya ialah orang yang jual iklan tersebut..

Kita kaji dulu jual produk sendiri tak kiralah apa jua yang anda telah hasilkan..adakah mudah untuk anda menjual produk anda sendiri di Internet? Bukankah anda perlu promosikan produk anda dimerata-lata Link untuk memperkenalkan produk anda ? Bolehkah hari ni anda buat lama web, esok tetiba ramai orang datang beli produk anda ?
Secara logiknya anda perlu berusaha untuk memperkenalkan produk anda itu secara kerja keras bukan hanya duduk goyang kaki tunggu orang datang beli..

Kita tengok pula jual iklan orang..jual iklan orang ini sebenarnya kita tolong jualkan produk yang dihasilkan oleh mereka, untuk menarik minat kita, digunakan ayat-ayat seperti di atas..anda pun boleh jadi seperti mereka jika mahu lakukan produk anda..tetapi anda perlu berusaha jugak kan supaya ada orang yang mahu tolong iklan produk anda itu!!.

Adakah kita ditipu oleh penjual iklan ini.. Mungkin TIDAK dan mungkin IYA..Mungkin tidak, kerana penulis andaikan begini,  mereka tidak menipu, apa yang mereka kata itu betul, sebabnya begini..apa yang dikatakan goyang kaki ialah..anda letak iklan mereka dalam Web atau blog anda dan tunggu orang klik.. jika orang klik anda boleh dapat imbuhan dari mereka.. Isunya disini..berapa ramai orang akan klik iklan yang diletak pada blog atau web anda? Untuk ramaikan pengunjung ke blog anda..bolehkah anda diam saja depan komputer?

Mungkin Iya pula.. adakah penjual iklan ini jujur pada kita, kita tahukah berapa orang yang klik pada setiap iklan yang diletakkan..? Andaikan macam ni.. Oleh kerana tamak..katakan blog anda menerima klik iklan sebanyak 10000 kali dan saya perlu bayar pada anda RM100.. tapi dengan kemajuan teknologi, saya katakan iklan anda cuma diklik 5000 kali dan anda dibayar RM50.. maka untung bersih saya dapat RM50 secara percuma..

Jadi sebetulnya siapa sebenarnya yang kaya..??

Walau bagaimanapun sebetulnya tidak ada siapa yang salah atau betul dalam hal-hal begini, semua mempunyai alasan dan pendirian tersendiri untuk merubah taraf kehidupan mereka..

Terserah pada diri sendiri untuk memilih jalan yang mana..

Walau bagaimanapun kita seharusnya mencuba apa sahaja dan berserah terutamanya jika ianya secara percuma.. jika nasib anda baik..anda mampu senang..itu saja..

Kami pun ada jugak letak iklan ..hu..hu..hu..





0 ULASAN Anda

Post a Comment

INSPIRASI ANDA

IKLAN UNTUK ANDA..JADI tunggu pe ..

NUFNANG

Followers

bookmark
bookmark
bookmark
bookmark
bookmark

LIVE PARLIMEN