TIPS KOMPUTER

INSPIRASI KESIHATAN KOMPUTER

MASALAH WINDOWS kehilangan NTLDR

Hak Milik INSPIRASI TEKNIK LAWAK Tuesday, November 3, 2009







Pernahkah anda mengalami atau berjumpa dengan notis seperti gambaran di atas? Kehilangan atau kerosakan pada fail ini pasti menyebabkan berlaku gangguan pada pekerjaan anda terutama apabila fail-fail penting anda berada dalam komputer tersebut..
Sebelum kita belajar untuk membaikinya, kita kenal pasti dulu punca kerosakan fail ini yang disebabkan oleh


1. Berlaku perubahan bentuk fail akibat serangan virus..mungkin virus telah menukar fail ini dari NTLDR kepada PMR..jadi Sistem Windows anda pasti tidak jumpa fail ini..Jahat sungguh virus itu!!!!


2. Adanya tangan-tangan gatal yang telah memadam fail ini secara tidak sengaja..ini kerana fail ini mudah dilihat pada My Computer terutama apabila anda hidupkan fungsi Folder Options.


3. Berlaku kerosakan pada Hard Disk dimana fail ini tidak dapat dibaca oleh Hard Disk..Senang cerita Hard Disk anda telah mengirimkan notis berhenti kerja melalui arahan di atas..


Terdapat dua cara untuk membaiki kerosakan begini..pertamanya ..


1. Mendapatkan kembali fail tersebut melalui cara yang akan diberikan dibawah..


Untuk mendapatkan kembali fail NTLDR ini, anda mestilah mempunyai Installer Windows yang sama versi dengan yang anda gunakan..


- Langkah pertama ialah anda perlu menukar arahan Boot didalam Cmos sekiranya komputer anda tidak mempunyai fungsi Boot yang biasanya menggunakan kekunci F11 datau F12..


- Masuk kedalam Cmos dan tukar First BOOT kepada pemacu ROM anda samada CD atupun DVD..


- Masukkan Installer Windows XP yang hendak digunakan dan apabila keluar arahan Press Any Key tekan mana-mana kekunci agar proses Boot dapat dimulakan dari Pemacu ROM anda..


- Tunggu proses Setup Windows hingga anda menemui arahan seperti digambarkan ini..





- Tekan kekunci R untuk membolehkan kita menggunakan arahan Recovery Console.











-Apabila Menu ms-Dos dipaparkan seperti gambaran disebelah..Tekan no 1
- Jika Windows anda mempunyai password sila masukkan, tekan enter jika tiada password
- Seterusnya taipkan Fixboot dan tekan Y untuk menukar systemBoot baru



- Seterusnya  pastikan dulu apakah drive yang digunakan untuk pemacu Rom anda.samada D, E, atau F..
- Seperti gambaran disebalah, Hard disk ini mempunyai satu partition, maka drive untuk pemacu Rom adalah D..
- Taip dir D untuk kita melihat apa isi kandungan dalam Installer Windows tersebut,


Langkah seterusnya ialah proses menyalin fail yang diperlukan seperti berikut


- pada C::\> taipkan


- C:\> Copy D:\i386\ntldr    - Tekan enter dan pastikan anda diberitahu 1 file copied.
- C::\> Copy D:\i386\\Ntdetect.com
Setelah selesai porses salinan tadi, taipkan
C:\>Bootcfg/Rebuilt


Ps- Jangan lupa keluarkan Cd Installer Windows sebelum Restart..


2. Jika cara pertama tidak berjaya untuk membetulkan Windows anda, barulah anda boleh lakukan  Format sahaja.


Selamat Mencuba..








0 ULASAN Anda

Post a Comment

INSPIRASI ANDA

IKLAN UNTUK ANDA..JADI tunggu pe ..

NUFNANG

Followers

bookmark
bookmark
bookmark
bookmark
bookmark

LIVE PARLIMEN