TIPS KOMPUTER

INSPIRASI KESIHATAN KOMPUTER

Showing posts with label INSPIRASI POLITIK. Show all posts
Showing posts with label INSPIRASI POLITIK. Show all posts





Rasanya sudah lama penulis tidak menulis dalam isu politik, bukan malas tetapi kerana kesuntukan masa dan sibuk dengan urusan seharian, lagipun peluang jarang diberikan oleh Inspirasi Team, mungkin juga mereka ingat penulis sudah pencen seperti berlaku pada Tranungkite atau TKO yang masih lagi KO hingga kini.
Kembali pada tajuk artikel ini, menarik untuk kita perkatakan tentang isu Mohd Imran Abdullah dahulu, bagi yang tertanya-tanya siapa dia ini, Imran Abdullah ialah saksi penting dari SPRM dalam kes lompat parti dua Adun PKR dari Perak..
Apa yang menarik tentang manusia bernama Mohd Imran ini? Pertamanya manusia inilah yang menimbulkan huruhara di Perak dengan menuduh kedua-dua Adun berkenaan menerima rasuah.. Untuk mendasatkan lagi tuduhannya dibekalkan pula dengan segala bukti bergambar sehingga akhirnya perlu dibawa ke Mahkamah kerana menurut SPRM memang ada kes!!
Tuduhan yang dibuat oleh manusia ini pada 14 Ogos 2008 sebernarnya  ini tidak berhenti setakat itu sahaja, tuduhan manusia ini juga menyebabkan sebuah kerajaan negeri Pimpinan Pakatan Rakyat jatuh tersembab ke bumi hingga tidak mampu bangkit hingga kini. Apabila kerajaan negeri dijatuhkan maka berlakulah perkara-perkara yang kita anggap janggal dan memalukan berlaku di Perak yang melibatkan tercetusnya kecelaruan dan tunggang-langgangnya undang-undang, bukan hanya pada peringkat negeri hingga ke Persekutuan. Hebatkan manusia bernama Mohd Imran bin Abdullah ini !!
TETAPI dalam Mahkamah Sesyen Ipoh kelmarin beliau dengan selamba melakukan satu lawak paling dasat seperti betapa dasatnya yang dilakukan oleh beliau kepada negeri kelahiran penulis Perak..BELIAU MENUKAR PENGAKUAN BAHAWA KEDUA-DUA ADUN YANG DITUDUH DADULU TIDAK MENERIMA APA-APA RASUAH..Mudah bukan kerja beliau!!
Tapi penulis tidak pelik kepada manusia ini..penulis lebih PELIK kepada pemimpin Pakatan Rakyat yang di Perak khususnya yang sehingga ke saat ini tidak mengambil apa-apa tindakan atas kenyataan yang telah dikeluarkan oleh manusia ini..Mungkin juga kerana mereka lebih arif tentang undang-undang,sedangkan penulis tidak!!
Tetapi bila memikirkan kesan dari tindakan manusia ini,sepatutnya kita boleh mengambil tindakan kerana  MEMBERI KETERANGAN PALSU..kemungkinan dari segi undang-undang tidak boleh..tetapi jika ikut logik akal penulis isunya begini..
-Semua orang tahu jika kita memberi satu keterangan palsu boleh didakwa terutamanya dakwaan kita itu diserahkan pada badan-badan pengamal undang-undang seperti Polis, SPRM, Kastam dan lainnya..
Itu saja pada pandangan penulis yang buta undeng-undeng ini.

Kita berbalik kepada isu Tian Hua yang dituduh gigit telinga polis yang telah mengingatkan penulis kepada kisah Mike Tyson gigit telinga Alexander Holly..
Berdasarkan kepada keterangan dan pengumpulan bukti yang diambil dari catatan urutan kes Tian yang penulis ambil dari pelbagai sumber (kalau silap salahkan berita itu lah) Mahkamah mengambil kira keterangan yang telah diberi oleh mangsa telinga kena gigit itu ,manakala keterangan Tian Hua tidak difokuskan atau diberi keutamaan walaupun mangsa mengaku menumbuk Tian Hua, sedangkan Tian Hua tidakpun mengaku dia mengiggit telinga polis tersebut dan kesannya Tian Hua kemungkinan akan dipenjarakan dan berlakunya kekokosongan bagi kerusi Parlimen Batu..tetapi bukan ini yang penulis nak fokuskan yang dibawah ini..

" JIKA kita mengikut kepada kes Tian Hua ini, para pemimpin Pakatan terutamanya bersatus ahli Parlimen atau Adun dalam bahaya!! Kenapa penulis mengatakan demikian? Kita andaikan begini sahaja ;
Satu perhimpunan telah diadakan (demontrasi) dan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat telah ditangkap. Semasa ditangkap beberapa laporan Polis telah dibuat oleh semua penangkap-penangkap tersebut, mengatakan kesemua mereka digigit hidung,telinga, dagu  oleh Pemimpin Pakatan, akhirnya kes dibawa ke mahkamah dan semua Pemimpin Pakatan bakal hilang jawatan kerana Mahkamah memutuskan mereka memang bersalah kerana merujuk kepada kes Tian Hua.."

Fikir dan Jumpa Lagi..

Rashitt TKO.











Kata orang bukan penulis berkata kerana penulis mana boleh berkata, penulis cuma boleh bertaip ajer.. kalau kita nak tahu sesuatu pandulah pada pengalaman lalu,nescaya kita akan dapat petunjuk..
Begitu jugalah dengan penulis yang dok tercari-cari dimana boleh dapatkan keputusan terkini dan boleh dipercayai tentang PKR Bagan Pinang.. semasa dok terkial-kial itu teringat penulis beberapa tips yang boleh dijadikan pedoman dan masih diamalkan sehingga kini terutamanya oleh stesen TV kita..


1. Kalau Spr kata keputusan diumumkan selewatnya 8 malam, tapi kita dok tunggu punya tunggu tapi sampai 10 malam berita pun tak dapat lagi..yakinlah bahawa pemenangnya ialah calon Pakatan Rakyat. 


2. Sekiranya selepas 12 malam pun keputusan masih belum diumumkan, cubalah tengok-tengok layar kecil yang bergerak laju kat bawah screen tv anda..itulah keputusannya bila calon Pakatan menang..


3. Jika dipusat pengundi atau pengiraan kertas undi tidak ada menteri yang hadir, ataupun mereka dah hilang awal lagi..itu maknanya calon Pakatan Rakyat yang menang..

4. Tidak akan ada apa-apa ulasan selepas kemenangan..walaupun menang calon Pakatan tetap disalahkan kerana terdapatnya unsur-unsur keganasan..


Itu jika calon Pakatan Rakyat yang menang..jika calon BN yang menang?


1. 7.30 malam keputusan bertubi-tubi keluar..berita pula tak henti-henti siarkan kemenangan..kalau boleh semua cerita malam itu hendak dibatalkan kerana hendak memberi laluan kepada acara gilang gemilang itu..

2. Ulasan demi ulasan akan diberi kekadang sehingga berhari-hari untuk membuktikan gagasan BN telah diterima rakyat..


3. Pakatan Rakyat akan terus berkubur dan tidak mampu bangkit kembali..




Jika ada diantara kita yang menyokong mana-mana pihak terasa hati..penulis tidak dapat mengulas apa-apa..tetapi.. lihatlah..dan inilah yang berlaku.. tak percaya..lihat tv anda..
 



Setelah hampir dengan nak mengundi ni maka timbullah bermacam " apa kejadahnya semua ini" yang jika tiada PRK kita tak jumpa..mari kita fikir-fikirkan sempena PRK di Bangan Pinang yang jauh dari Pulau PInang ini..


1.Gelanggang baru nak dibuka,sudah ada mendakwa dipukul walaupun yang mendakwa dipukul itu tetap ensem lagi bergaya mengikut acuan wajahnya,maka kelamkelibut media perdana mendapatkan sumber dari empunya diri memandangkan yang dipukul bertuli-tuli itu orang "besar",dengan gagah perkara beliau menerangkan satu persatu saat dan ketika kejadian "pelik" itu berlaku..


"Korang tengok ni..taik lalat ni membuktikan telah berlakunya aktiviti pempukulan bertuli-tuli kerana sebelum ini taik lalat ini berada dibawah hidung  bukan disini "..










Akan tetapi apabila pihak yang dituduh memukul itu cuba mempertahankan diri, dengan membeli alasan dan fakta yang agak logik ler jugak,tetiba lak yang kena pukul itu kecepuk!! dah ada di spital..eh!! Siap bungkus-bungkus lak tu..semalam ensem jer..jadi bolehlah dibuat kesimpulannya orang Pas memang menggunakan santau angin yang kesannya boleh dilihat dua hari kemudiannya..


Kelihatan upacara santau angin melalui teknik "cuit bahu lawan" sedang dilaksanakan oleh Penyokong PAS..Biizz!!..Bizz!!















Kesan  santau bahu boleh dirasai selepas sehari atau dua hari kemudian bergantung kepada saiz borai perut yang menyebabkan leher terkehel atau patah..









Tapi nasib baik yang dipukul ini tak terkena santau angin dalam beberapa siri PRK sebelum ini,jika tidak teruklah dia..tiap kali PRK kena masuk spital..mungkin percubaan beliau sebelum ni tak berjaya kot..
Peringatan untuk petugas PAS, lain kali kalau ada PRK lagi,kena ikut orang ni..buat rakaman, mane ler tahu dapat dirakam aksi sebenar beliau dipukul bertuli-tuli..


2.  Itu cerita sebelum gelanggang dibuka, ini semasa gelanggang dibuka,masih lagi dengan isu pukul,tetapi kisah kali ni pada awalnya tidak pelik kerana apabila dipukul kesan darah boleh dilihat dengan terang lagi bersuluh dan memang wajah yang dipukul sudah tidak ensen lagi..

 
Pihak media,polis,penguam negara dan pakar forensik sedang menguji menggunakan tabung uji samada berlaku teknik super impose atau penggunaan air sirap yang berlebihan.



















Menurut seorang saksi yang dibawa ketempat kejadian oleh peguam negara,pengadu sebenarnya sakit mata bukan ditumbuk kerana telah digigit semut tonggek semasa memasang bendera di atas pokok ketapang.










Tetapi jadi pelik bila media tak beri liputan langsung atau interbius yang dipukul..Polis pula kabarnya takut nak ambil tindakan dan lebih pelik lagi polis pula salahkan yang dipukul dengan angkatan perangnya..adusss!! 
Peringatan untuk anda..jika lembu anda hilang,jangan ler pepasal gi balai polis buat repot..karang anda yang ditangkap..bukan yang mencuri lembu anda..redha ajer ler..


3. Jika dalam PRK sebelum ini, pengundi hantu banyak memainkan peranan,tetapi disebabkan hantu-hantu sibuk berlakon sekarang ni hingga ada yang sampai ke Hong Kong, maka isu pengundi POS memainkan peranan..
Maka macam biasalah pengadilnya akan mempertahankan undi pos ini..yang ayatnya sama seperti sebelumnya" Kami tak paksa mereka nak mengundi parti apa..karut semua itu..tapi..yang pasti kami tahu mereka undi apa?"..
Yang terbaru dan terkini pula timbul pengundi bertindih yang juga dipertahankan antara ayatnya " Tiada nama bertindih dalam senarai pengundi..tidak ada..itu tuduhan jahat..tak percaya cuba cari ada tak nama orang "Bertindih" bin beratur..mana ada..jika nama yang sama untuk seorang itu memang ada"..



"Ha!! Tengok..tengok mana ada parti pembangkang minta cap jari digunakan dalam PRK ini.. mana ada!! 














4. Macam biasa setelah nak abis kempen, isu tempatan masih tidak cuba diketengahkan oleh kedua-dua calon yang bertanding..kesian orang Bagan Pinang..mereka mengharapkan agar peniagaan kampung mereka iaitu buah Pinang diambil kisah seperti menetapkan harga buah pinang menjadi barangan kawalan..rupanya tidak berlaku..yang banyak dan lebih mengejutkan ialah..
- Tok bilal tak jumpo kek mano lak surau nak azan subuh seperti sebolumnyo..iyolah tetiba lak surau dan jadi bosa cam mesjid, dah tu copek bona lak bertukar kalo..semalam lopeh isyak ado lae kalo lame...tetibo subuh ni jadi putih pulak..poning tok bilal.


Keadaan surau selepas Isyak selepas selesai berjemaah tok imam dan bilal balik kerumah memasing..



















Keadaan surau sebelum waktu subuh..kelihatan Tok bilal  dan Tok Imam (nampak tak) terduduk sambil  pening lalat..manakala mamat yang melulu nak masuk tu bukan orang kampung Bagan Pinang..







- Jangan anda pelik jadi heran jika anda jumpa hampir semua orang kampung di Bagan Pinang tak pakai seluar..semua berkilat berkain batik dan pelikat cap gajah duduk termasuklah anak-anak mudo yang selama ni Berjin siang malam..


" Kono ikat camni kalu dapek kain pelikat mahal bebeno..baru ensem dan gagah perkaso jadi eyy.."











" kalu umang banyak eyy dapek kain batik..mak cik buek tudung yoo.."
















- Jika dulu orang Bagan Pinang makan nasi beras Nasional..sekarang paling koman Faiza Basmati beb!! Dulu kalau mak bapak nak merasa makanan segera seperti Pizza atau kentaki..kono tunggu anak balik dari kelompo baru dapek meraso..kini..poi jer kek mano-mano bilik gerakan atau markas..memacam ado!!


- Seorang penduduk kampung dikawasan yang agak terpencil sedikit nyaris bertumbuk dengan jirannya kerana tidak percaya cakap jirannya yang mengatakan dikawasan paya belakang rumahnya hendak dijadikan pusat Futsal dan gelanggang tenis untuk orang kampung yang antaranya bertaip begini.."botull..esey dongar aboh dio cakap kek anak dio tadi.." abah dio tipu dio tu"...mana ada orang mandi air mineral EH!! salah iklan pulak..


"Apo ke bangang bona orang kelumpo nak buek padang tenis kek sini.."
"Eh!! Tenis tu pobondo? Tompek tornak kobau ko?.. 














- Jika sebelum ni lembu,kobau,ayam senang dijumpai berkeliaran dimana-mana terutama di atas jalan raya..tetapi kini tidak dapat dipastikan kemana semua haiwan ternakan ini menghilangkan diri..nak kata ada Tsunami..jauh sekali kerana jika berlaku gegaran berukuran 10 skala Richer di Jawa Barat..pokok Pinang di Bagan Pinang tetap berdiri megah sambil selamber bergoyang ditiup angin..
Lembu 1 : " Ekau dah jumpo ko tompek selamek kita nak duduk nanti?".
Lembu 2: " Dah..dokek jo..tiga hari perjalanan yo sampai sinun"..
Lembu 3: "Esey maleh ikut,esey nak ngundi,domi negaro tu"..
Lembu 1: "Ekau kalau nak kona pijak kepalo lopeh disemboleh..ekau tunggulah".
Lembu 3. " Erk!!!"..




Kelihatan ayam sedang mencuri dengar perbualan lembu tadi.. 
"Kena beritahu semua ayam kampung ni.." bisik bapak ayam dalam hati..











- Warga-warga tua mestilah golongan paling bertuah kerana mereka dapat gigi baru..dunia terang benderang dongan comin mato baru..dan yang terbaru bantuan untuk "orang rumah" baru sedang direncanakan terutama untuk duda-duda kampung..



" he..he..sapelah tuan aku ni.."













-Dalam keghairahan nak PRK ni..ada gak yang sodih dan susah ati..nak tau sapa..tokey Petronas la..bukan minyak tak laku..tapi Tong Gas memasak tak laku-laku..dah semua sekampung pakat tak masak..ape ke hei..



Perbincangan sedang dilakukan oleh dua orang pekerja Petonas untuk dibahagikan sama rata akibat tak laku..











Seorang anak telah mengambil tong gas omaknyo yang tidak digunakan untuk diberi suntikan baru..













Jumpa lagi dalam isu politik untuk renungan kita bersama..
Rashitt TKO.





Artikel ini nak dihantar ke TKO,tapi disebabkan TKO masih KO lagi..Rashitt sudi untuk posting disini dulu..
Persoalan pertama dari penulis..Adakah akan berlaku lagi gelombang Tsunami Politik dalam PRK di Bagan Pinang nanti.. kita andaikan yang kawasan tersebut tidak mempunyai RM4925 pengundi hantu?  Adakah penolakan rakyat masih di tingkat atas KLCC atau sudah berada di tengah menara KLCC ataupun sudah jatuh kepintu masuk KLCC?..
Penulis telah buat beberapa analisa dan sedikit kajian tentang senario politik kita.. Ini antara hasilnya yang mungkin boleh dikongsi bersama..


1. Jika diikut dan ditanya pada golongan muda, UMNO sudah tidak kuat lagi..UMNO sudah lemah..UMNO sudah lari dari landasan perjuangan..UMNO itu dan inilah..Tapi kenapa UMNO masih nampak kuat dan mampu memerintah?.. KOMPONEN inilah sebenarnya yang telah meWAYANGkan kita untuk menunjukkan mereka sangat kuat.. Kekuatan mereka sekarang hanyalah bergantung kepada KOMPONEN MEDIA PRIMA,POLIS,SPRM dan BADAN KEHAKIMAN.. Bayangkan jika KOMPONEN ini berpaling arah?Mampukah UMNO bertahan?.


Persoalan ke dua ialah kenapa golongan muda ini menolak UMNO.."Jika anda penyokong UMNO..inilah jawapannya..
"Zaman telah berubah, taraf pendidikan dan minda politik sudah tidak lagi terkongkong ditambah dengan adanya kepesatan teknologi terutamanya Internet maka banyak sumber dan fakta mudah dicari, Golongan muda menggunakan kepesatan Internet untuk mengumpul bukti serta mencari bukti apabila terbit satu-satu isu?..Sebagai contoh.. Isu Minyak..Berilah apa jua alasan untuk menaikkan harga minyak, namun golongan ini telah mempunyai alasan dan bukti sendiri yang lebih meyakinkan..ISU Skandal PKNZ dan banyak lagi, mudah dan semacam ada kesepakatan antara golongan ini untuk mengumpul dan mencari bukti, dan yang pastinya semuanya adalah FAKTA..bukan lagi cakap-cakap politik..
Isu keadilan dan hak rakyat masih lagi ditahap yang sama dan malah lebih teruk, rakyat dihimpit dengan kenaikan kos yang tidak sepadan dengan pendapatan..Disini terdapat dua fakta menarik untuk dinilaikan, Pakatan Rakyat yang dituduh tidak pandai memerintah sedang berusaha untuk memaksimakan taraf hidup rakyat, manakala Kerajaan sedang berusaha untuk memaksimakan pendapatan rakyat, tidak perlu memberi pelbagai alasan seperti kemelesetan ekonomi dan sebagainya, pembongkaran akan segera dilakukan oleh golongan ini untuk mendedahkan apa yang tersirat. 
Mereka-mereka yang terpalit dengan seribu masalah masih lagi memegang kuasa dan masih lagi berjawatan ?..Jika orang yang diharapkan mendukung kedaulatan undang-undang rupanya mencipta undang-undang untuk kepentingan sendiri, maka adakah rakyat selamat?..Bayangkan jika anak anda tiba-tiba dituduh mencuri?..Dipukul semasa disiasat dan terus dijatuhkan hukuman? Anak anda dapat keputusan yang baik dalam peperiksaan utama negara? Sedangkan anak jiran anda hanya mendapat keputusan cukup-cukup makan.. Tiba-tiba anak jiran itu dapat peluang belajar di IPTA kerana ayahnya berpengaruh dan kaya.. Apa perasaan anda?.. Beberapa contoh yang diberi di atas inilah punca mengapa UMNO terus ditolak..dan ditolak..
Peluang dan sisa yang tinggal telah diberi untuk UMNO membetulkan keadaan namun sehingga kini tiada keyakinan bakal berlaku perubahan.
Jika anda sorot dan buat kajian, segala tuduhan UMNO kepada PR selama ini sebenarnya hanyalah berdasarkan cakap politik.. lihat huraian dibawah
" Orang melayu Pulau Pinang akan dibunuh, akan dipinggirkan apabila DAP yang perintah?.. Sehingga kini berapa ramai orang melayu PP terpaksa lari ke negeri lain?..Berapa ramai orang Melayu disana telah berjaya dibunuh?..
" Negara akan huru hara jika PR perintah?. Sudah berapa kali berlaku huruhara dalam negara ? Apa yang boleh dilihat baik seperti isu kapla lembu..UMNO lah yang HURU HARA..Cuba lihat rujukan dan siasatan kepada semua peserta Demontrasi?..Siapakah mereka?..Adakah wajah mereka boleh ditukar menjadi orang PR..Sehingga boleh terkeluar andaian seperti ini.. Jika peserta demo ditangkap bermakna itu penyokong Pembangkang, tetapi jika peserta Demo tidak ditangkap, itu penyokong UMNO.. Adakah kita hendak menyalahkan Malaysiakini dan video dalam isu ini?..
" Kepimpinan negara akan hancur, kuasa melayu akan hilang jika UMNO dipinggirkan?..Benarkah bakal berlaku begini?.. Anda fikirkan begini sahaja?..
Dalam undang-undang negara kita ni, jika pun DAP menang, dia cuma boleh perintah dua negeri sahaja iaitu Melaka dan Pulau Pinang..
Kaum apakah yang memegang majoriti dalam PAS dan PKR? 
Untuk apa diletakkan Institusi beraja ditahap tertinggi ?..
Adakah pemimpin DAP boleh dan berjaya  meminda perlembagaan negara tanpa sekongan dari PAS dan PKR?
Halusilah fakta ini,, Pas tidak akan berjaya melaksanakan undang-undang hudud tanpa kerjasama dan kesepakatan dari DAP dan PKR, manakala DAP tidak akan berjaya mewujudkan Malaysian tanpa sokongan dari PAS dan PKR..jadi dimana logiknya perkara ini cuba dibangkitkan?..
Jika semua diminta meyokong UMNO, untuk apa Demokrasi.. Apa fungsi SPR? Dan jika ini lah taraf pemikiran pendokong UMNO, maka betul dan benarlah bahawa SPR adalah alat UMNO?..
Tak perlu marah, tak perlu melenting bila golongan muda tidak menyokong UMNO, inilah antara punca dan penyebab utama..Bukan kekuatan PR sebenarnya, tetapi kekuatan dan hasrat rakyat yang mahukan perubahan..
Tanyalah sesiapa sahaja, siapa tidak cinta keamanan dan keharmonian?.. 
Siapa mahu hidup dalam kesusahan dan ketakutan?
FIKIRKAN fakta ini maka Insya-Allah UMNO mampu menang besar dalam PRK Bagan Pinang ditambah lagi dengan undi percuma rm4925..







Hari ini baru berkesempatan untuk mencoretkan  sedikit bingkisan untuk tatapan teman-teman. Tanpa membuang masa kita sorot berita dari sumber berita internet dalam seminggu dua ini.


Sumber Malaysiakini..
1. Nampaknya isu selipar masih lagi digunakan untuk mengaibkan seseorang dan yang terbaru pastilah kritikan terhadap Tun DR.M..Walau bagaimanapun Samy Velu yang ternyata masih "Bengang" dengan Tun perlulah meinsafi diri sendiri kerana biasanya tidak akan ada perwakilan mana-mana parti yang berani "bertindak" jika tidak mendapat ilham dari Presiden mereka sendiri.
2. Sebut pasal Samy Velu pasti semua orang kenal siapa beliau disebalik rambut palsu yang tak akan beruban sampai bila-bila itu. Menyalahkan orang lain memang tabiat dan ilham beliau, bukan setakat orang, jika anda masih ingat isu MRR2, hujan pun disalahkan, jadi tidak pelik kalau dia salahkan UMNO mengapa MIC tersungkur dalam FRU lepas.
3. Terdapat ura-ura PKR akan bertanding di Bagan Pinang, kita lihat apa pula reaksi pemimpin tertinggi PKR, adakah ini juga permainan politik UMNO yang kita pun tahu Calon PKR itu cukup baik dengan Isa Samad..entahlah..
4. SPR telah pun menetapkan tarikh hari mengundi bagi Dun Bagan Pinang yang jauh dari Pulau pinang yang buat pertama kalinya dibuat pada hari Sabtu(3okt) untuk penamaan calon manakala Ahad(11okt) depan hari penentuan..EH!! Salah tekaan penulis yang menjangkan SPR akan menetapkan hari tradisinya iaitu SELASA seperti sebelum ini..
5. Kes undi Pos masih lagi tidak di ulas oleh pihak SPR, kemungkinan akan diulas saat akhir nak mengundi yang lebih kurang begini " Amalan undi pos akan diteruskan macam biasa, kerana kita tidak pernah memaksa mana-mana pihak untuk mengundi parti mana yang dia suka, WALAUPUN HAKIKATNYA KITA TAHU MEREKA MENGUNDI PARTI MANA!..Jadi tidak timbul soal keraguan disini..Lagipun Pr dah selalu menang,kali ini bagilah UMNO pulak?..
6. Bapa Al-Tantuya nampaknya sudah tidak mampu lagi untuk menanggung kos dan membuang masa untuk mendapatkan keadilan bagi anaknya, mungkin beliau sedang memikirkan alternatif lain yang dirasakan boleh seperti melalui ceramah-ceramah politik..Ha!! Ada yang berani jemput beliau?..
7. Kecoh juga sekejab dengan isu buluh runcing Indonesia, kalau tidak orang dah lupa macam mana bentuk buluh runcing, buluh lemang banyak la dekat nak raya ni..Patutnya orang Indonesia bagi kita buluh lemang, barulah ada toleransi..
8. Sekiranya Dr. Awang Adek dapat jadi MB Kelantan tempoh hari, tentu isu royalti minyak lain pulak bunyi alasan yang akan diberi.."Ianya memang berada didalam kawasan perairan Kelantan, kita berhak"..Cakap pusing dan kornar baring ni biasalah bagi mereka.
9. Kampung Buah Pala nampak gayanya tinggal kenangan kepada penduduknya,kita pun sedih dengan apa yang berlaku,tapi apa boleh buat,inilah pilihan mereka sendiri dulu-dulu..
10. Isu Arak nampaknya masih "hangat " di Selangor..kenapa hanya di negeri PR sahaja yang kecoh..mungkin ini sebabnya kot..Setelah isu kapla lembu,zakat tak jalan, isu ini pula boleh diaploitasi sebaik mungkin..
11. Rasa nak sebak dan geram pun ada bila Mirzan Mahathir ulas tentang " namanya" sebagai salah seorang orang kuat syarikat arak di Filipina sebagai "hanya bisnes" jadi tak salah..isk..isk..abis tu kalau buat kedai TOTO pun tak salah lah..sebab ini bisnes?..
12.Nasib Chua dengan Subramaniam(exMic) nampaknya sama, bolehlah mereka tubuhkan parti baru bersama penyokong memasing. Dicadangkan mereka tubuh parti POS lah..gerenti menang punya..logo boleh letak Stem..amacam setuju?


Kita beralih pula dalam Mstar online..
1. SPRM siasat Khir Toyo 6 jam, dah siasat ker?..malam ke siang? Siasat ker tengah rancang untuk menyiasat? Payah nak cerita dan percaya SPRM sekarang ni..lagi tak sedap bila yang pukul orang semua melayu..Tak ingat ker dunia ni ibarat pusingan roda, hari ni kita pukul orang,esok orang pukul anak kita pulak?..
2. Kita mendoakan agar pelawak Ahmad Busu berada dalam keadaan yang memuaskan, janganlah kita abaikan insan seni yang sorang ni..Ingat lagu raya beliau "Jangan main Mercun"..
3. Kekadang rasa seronok dan mudah jadi artis terkenal ni, jual apa benda pun laku..Contohnya Erra Fazira dan suami serta UMie Aida..cuba anda yang jual air pelbagai perisa tu..boleh laku dan habis 350cawan dalam masa sejam?


Selamat berpuasa dan bersiap nak raya!!!.






ASSALAMUALAIKUM.. Sementara melayan atau terlayan dengan mengantuk kita lihat fakta bukan auta ini..

1. Ingatkan lepas SPR umumkan kejayaannya menyekat PRK di Kedah, SPR dah selamat, rupanya tak sempat BERFIKIR kena pula terlibat dengan PRK di Negeri Sembilan..Lepas ni kalau nak ada PRK lagi, kita boleh gunakan kaedah ini.. 





2. Jika sebelum ini PRK diadakan dikawasan PR, Speaker dan kita terpaksa menuggu kata putus dari SPR bila tarikh nak diadakan PRK, tapi bila berlaku kekosongan di kawasan parti utamanya BN, SPR pula kena tunggu suarat dari Speaker..kenapa ye..
3. Secara mudahnya BN dah pun mempunyai 5000 undi melalui undi Pos dan ini telah pun disahkan oleh SPR melalui ayat berikut " Mana ada kita paksa anggota mengundi parti mana,tak ada..tak ada..itu bukan kuasa kita, cuma kita dan merekapun tahu parti mana yang mereka pangkah semasa mengundi nanti, Tiada rahsia antara kita ,itu saja, jadi tuduhan pembangkang kurang tepatlah"..
4. Didalam Malaysiakini, walaupun cuba dipertahankan oleh Cammudin, geng kapla lembu tetap juga akan didakwa..Masalahnya..tetiba mereka tak dapat dikesan,sedangkan video bergambar terang lagi bersuluh ada dimana-mana, ataupun mereka sudah menukar wajah mereka...
5. Semasa pakatan pembangkang jadi pembangkang di Selangor, tidak pula ada kecoh-kecoh seperti sekarang ni, tapi bila PR dapat perintah, pembangkang BN jadi tak tentu hala..aik!! kata Demokrasi ?..
6. Jika anda imbas kembali, peristiwa 13 Mei bermula di Selangor, dan adakah ini cubaan yang cuba direncanakan oleh UMNO untuk mengulangi sejarah hitam negara dan PR bakal disalahkan?..Sepatutnya iniah peluang UMNO Selangor nak muhasabah diri dan mendekati jiwa rakyat, bukan membuat dibenci rakyat..
7. Jika kita perhatikan dan rajin buat kaji selidik,jawapan dan ulasan yang diberikan oleh pemimpin UMNO Selangor semuanya Auta, tidak ada satupun fakta..tak caya cuba rujuk..
8.  Kalau kita perhatikan tindakan Pewaris yang entah macam mana boleh muncul macam parti politik baru yang tiba-tiba menyokong HuduD dilaksanakan,tetapi daam masa yang sama mengeluarkan Banner Take Bear semasa demo kapla lembu tempoh hari..pelik bukan?..


9. Apakah bentuk kempen yang akan digunakan oleh BN di Bagan Pinang nanti..adakah sama seperti corak dan teknik kempen sebelum ni iaitu " Jalan rayo tu BN yang buek?..Bangunan pencako langit kek kelompo tu BN gak yang buek..Sekolah,masjid semua ey BN yang buek jang oi!! Mano ado Pas buat!!! Sudahlah jangan guna kempen jenis ini lagi..Tak Up To Date Langsung!!! Ubahlah pendekatan kita dah dalam zaman moden dah ni..
10.  Anda cuba tanya ada tak sesiapa tak kenal Samy vello,pasti jawapnya ramai yang kenal ..macam mana kita yang dah boring dengan dirinya,tambahan lagi orang MIC..tapi kalau dia tak buat macam ni,tidak lah dinamakan Samy velu..
11. Berbalik kepada kes Selangor dengan isu air, rupanya kerajaan tidak meretui dan bersetuju Selangor bagi air percuma..isk..isk..sedih betul..patutlah kerajaan sekarang mengamalkan sistem parti BN..Barang Naik, Biar Naik, Bagi Naik..kekadang rasa untung rakyat Singapura..
12. Ali Parlimen Rompin dilantik sebagai duta Amreka bukanlah satu isu yang besar untuk diperdebatkan, cuma menjadi kemuskilan "YANG MENGUNDI BELIAU SEBAGAI AHLI PARLIMEN ROMPIN PELAJAR DAN RAKYAT MALAYSIA DI AMREKA KER ATAU RAKYAT ROMPIN ?..Saya betul ker atau orang ramai yang betul..!!!
13. Kita rasa lega bila Cik Gani tahil sudi mendakwa geng kapla lembu, cuma timbul keraguan munasabah, takut esok dikonar,dilipat,dicekik tu-tup orang PR pulak yang kena dakwa..biasalah sekarang ni.orang mencuri lembu tidak kena tangkap, yang pergi repot lembu hilang itu yang ditangkap..

Kita lihat beberapa fakta menarik menarik dalam minggu ini. 


-Bila dah dekat nak raya timbul pula isu GULA..tapi yang tak sedapnya, ada ke Menteri suruh  rakyat kurangkan beli gula, memanglah banyak gula boleh membina banyak penyakit, tapi patut ke alasan begini diberikan setelah masalah gula kekurangan gula tidak dapat diselesaikan , bagaimana pula jika BERAS kurang, adakah Menteri akan suruh rakyat jangan beli lebih BERAS?..
- Bekas Calon BN, Rohaizat sudahlah kalah dalam PRK,kini terpaksa pula berdepan dengan Pak mertua isteri nombor duanya pula .. memang kes naya, malang bertimpa, mesti SERIK nak jadi calon dah !!!.
- Ong Tee Keat kalau nak mudah memberi penerangan kenapa Soi Lek dipecat ,terpaksalah keluarkan DVD terbarunya macam yang dilakukannya pada pemilihan yang lepas sehingga berjaya menjadi Presiden MCA 
- Konsep 1Malaysia kalau diikut keadaan semasa patutnya diubah begini, " Rakyat didahulukan,kroni diutamakan." sesuai dengan isu Harga naik, CAJ TNB dah naik,Harga gula nak naik, Minyak pun kalau kita kaji betul-betul memang NAIK!!! Itulah sebabnya kerajaan jadi marah sangat pada Pakatan Selangor turunkan dan bagi air Percuma..Lari dari konsep mereka sebenarnya yang mengutamakan kenaikan.
- Rasa pelik pula bila penganjur Demo pindah kuil hari tu kata tak tahu siapa punya kepala lembu yang dipegang,dipijak oleh mereka sendiri..mungkin lembu tu lembu yang dihadiahkan oleh pemimpin PKR pada SPRM kot tempoh hari.
- Isu H1N1 masih belum menemui sentuhan untuk reda, arahan terbaru kini terpaksa dikenakan kepada bakal penumpang bas Express pula..masalahnya pula bagaimana kalau Bas Express itu yang kena H1N1..???
- Kes Perak bakal kecoh lagi apabila Speaker Perak telah jadi dua, kita tunggu ajerlah apa kesudahan yang bakal menjadi sejarah nanti.
- Dalam sebulan dua ini kecoh pasal SPRM yang sudikan diri menyiasat Pakatan sahaja, apapun apa nak dikata dah memang MOTO mereka begitu.!! Siasat Pembangkang Rakyat Malaysia. Lainlah kalau mereka tukar MOTO baru SURM iaitu Siasat UMNO Rakyat Malaysia 
-Adakah bakal ada Pilihanraya di Kota Seputeh? Rasanya TIDAK kerana kuasa SPR boleh bertukar-tukar mengikut keadaan semasa,lagipun apa sangat kuasa Speaker!!! 
- Peragut nampak gayanya dalam seminggu dua ni tak selamat, macam-macam kes kecederaan melibatkan mereka, nampak gayanya mereka kena buat persatuan lah pulak, Persatuan Peragut Malaysia jadi senang nak tuntut ganti rugi kalau cedera dan sebagainya..amacam peragut? anda BERANI?..
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali  yang memang tidak perkasa walau sedikitpun ini bercakap mengenai situasi di PERAK, tapi tak perlah ada juga tempat dia nak menumpang duduk sementara ni,biarkan dia bukan boleh buat apapun,ibarat kata dengar boleh percaya jangan sekali .
- Kalau kita ikuti betul-betul kes Beng Hock ni, dah jadi macam kes Al-tantuya,lama-lama orang dah tahu yang mana betul, yang mana cuba diperbetulkan.
.
Wassalam..




Anda tentu dah tahu siapa RASHITT kan, jadi mulai tika dan saat ini saudara Rashitt akan menngulas,mengolah berita-berita politik semasa dalam negara mengikut acuan beliau sendiri..

SUMBER MSTAR ONLINE..

-Kekadang kita menjadi pelik ler juga dengan masalah kekurangan gula dalam negara yang tidak dapat diselesaikan sebab rasanya semua tahu, RAJA gula ada sorang jer kat Malaysia ni..apsal tak gi jumpa dia..kan leh settel masalah problem?.
-Nampaknya Chua Soi Lek tersilap buat DVD ler,kalau hari tu dia buat DVD copy pasal joging dan kesihatan seperti yang dikeluarkan oleh bekas bossnya Ong Tee Keat, tentu tak ada masalah sampai dipecat.
- Cerita SPRM dan penyiasatannya dah jadi makin deramatik apabila berlaku tuduh menuduh satu sama lain..Apa kata kita cadangkan nama Plaza Masalam ditukar kepada Plaza MASALAH atau Plaza SAMPAI MALAM..baru tak payah nak ada apa-apa Enkueri.. 
- Samy Vellu masih dengan tahap keVeLLUannya, kita tunggu sahaja apa kisah beliau yang rambut tak mungkin beruban ini..
Lain-lain Sumber.
- Ada satu jawatan kosong yang baru dua hari lepas diperkenalkan, sesiapa yang mahu dan rasa layak memohon boleh datang sendiri ke KDN..Jawatan taraf tetap dan berpencen.. TUKANG SEBAT!!! siapa Mau??..
- Kekadang bila baca berita dalam sumber-sumber yang diperolehi rasa geram pun ada, soal kematian janganlah dibuat memain.. Tak pasal-pasal Datuk Ismail Kamus dituduh sedang meninggal dunia.
- Isu lompat Parti atau keluar Parti ni sepatutnya diharamkan terus, maknyanya kalau lompat juga hilang atau lucut apa-apa jawatan yang disandang,barulah orang yang mengundi rasa adil, lainlah kalau ada YB yang nak melompat katak ker, melompat sambil berenang ker..tak de siapa nak marah..
- Kes Kartika cukup senang nak diselesaikan, rotan ajer lah..tangguh apa lagi..jangan sampai nanti orang Singapura atau kaki arak dapat memperlekehkan Mahkamah Syariah sudahlah!!.
- Bila sebut pasal Epal Hijau  yang dapat mengelakkan terkena H1N1,ada beberapa perkara menarik boleh kita dapat..
 1. Tahu tak kenapa ramai orang Cina dan India beralih ke Pakatan Rakyat,sebab sekarang mereka makan Epal HIJAU bukan epal MERAH..
2. Orang dan penyokong UMNO yang fobia dengan warna Hijau mesti keberatan nak makan epal Hijau ..
Sebelum diakhirkan artikel ini..ada satu persoalan untuk anda fikir bersama.. SIPUT BABI boleh kena H1N1 tak ?...

Rashitt. 

Saudara Rashitt adalah salah seorang Informer bahagian politik bagi INSPIRASI Team yang  sering hantar  artikel beliau ke Tranungkite.net. Oleh kerana MAB tidak ada, jadi kita baca pendapat Rashitt tentang PRK yang akan diadakan esok sebagai hiburan..
Rashitt berhujah sampai hujan..
1. Sekiranya Calon BN  Shahrizat itu sebenarnya dari Pakatan, isu isteri dua dan saman menyaman akan lebih meriah dan rancak diperdebatkan dalam media prima.
2. Walaupun berkempen di Permatang Pasir, tidak ada seorangpun dari kedua-dua calon berani mengetengahkan isu Pasir..  
3. Jika anda perasan SPR suka mengadakan PRK pada hari Selasa sesuai dengan namanya SELASA PILIHAN RAYA..
4. Jika diikutkan,kempen PRK kali ni lebih sopan dan bertamakninah, maklumlah bulan Puasa,program kedua-dua calon lebih kepada "Tunjuk baik Atau Tunjuk Alim" kerana kebanyakkannya diadakan dimasjid dan surau.
5. Kalau orang tak reti baca surat kabar atau main dengar-dengar ajer, mesti dia ingat PRK kali ni diadakan di Kelantan, kerana nama Nik Aziz lebih meriah diceritakan dari calonnya.
6.Seperti biasa isu Pengundi hantu tetap menjadi pujaan ,tetapi kalau kita fikir dengan sedalamnya,ada lagi ker hantu zaman ni.. kan semua hantu SIBUK BERLAKON..tak caya tengok dalam Astro, TV3,TV1, boleh kata semua chanellah ada cerita hantu ni..Terkini pelakon hantu ni telah merebak ke kaum India dan Cina pula..jadi mana logiknya ada hantu..!!!
7. Isu kawin Calon BN rupanya lebih banyak diketengahkan oleh Pakatan, termasuklah bapak mertua isteri nombor 2 beliau, nasib baik tak sempat ada anak, kalau tidak naya anak tu..
8. Tahukah anda Kurma Yusoff  Taiyob mestilah menjadi pilihan seisi keluarga pengundi di Permatang Pasir, jika tidak, sebelum ini mereka selalu beli sekilo-sekilo di kedai  Runcit Pak Usof.
Sekian saja kerana bila hujan berenti, idea RASHITT pun turut berenti..

Selamat MENGUNDI KEPADA SEMUA DI PERMATANG PASIR..!!!


Kenapa diberikan tajuk begini..? Tengok kejadian oleh mereka dan mereka ini..
" Aku pelik dan hairanlahh, nak kata tangki bocor puas dah aku belek tapi tak nampak pulak, tapi tetap kena isi semula, kemana dia pergi selama ni..Ko tahu tak mana pergi minyak yang kita selama ni..?"
" Bila aku baca berita kemalangan dalam surat kabo, aku jadi sedih sangat, sebab kebanyakan mangsa-mangsa yang terlibat tu masih dapat diselamatkan...Ok, Cuba ko pikir, mangsa kemalangan tu dah lah sakit, dikejarkan pulak ke Hospital.. tak ke kes naya tu..Ko bayangkanlah kalau Mat Motor eksiden patah kaki dikejarkan pula oleh Ambulan dan orang ramai ke Hospital, aku ingat mau tercabut kaki kena kejar.."
" Anda kalau shoping selalu di pasaraya yang tak payah puasa pun boleh raya kan..Pernah tak anda terlibat dengan adegan ini.. Masa kita pilih barang..kate ada Offer..tapi masa nak bayar harganya lain dari yang ditawarkan!! Dan biasanya anda pulangkan balik barang tu atau beli saja dan tidak buat apa-apa tindakan atau aduan? Pekik kan!!! Bayangkan kalau nilai 20sen dari kes tadi..banyak untung ooo.."
" Tahukah dan sedarkah kita bahawa syarikat-syarikat besar suka sangat kalau kita lewat buat bayaran.. nak tahu kenapa?..Mereka boleh denda kita dan mereka dapat untung tanpa keluar apa-apa perkhidmatan pun pada kita..Pelik tapi benarkan.."
"

NUFNANG

Your Electronic Warehouse - Save on select BoseĀ® products
New Barnes & Noble Membership Program!
Gifts for Grads
nook-The Ultimate Gift for Mom
Discount Golf World - FREE Gift with the Purchase of Select Bridgestone and Precept Golf Balls

Followers

Gifts for Grads
Pre-Order 'The Short Second Life of Bree Tanner : An Eclipse Novella'
bookmark
bookmark
bookmark
bookmark
bookmark

LIVE PARLIMEN