TIPS KOMPUTER

INSPIRASI KESIHATAN KOMPUTER

INSPIRASI RASHITT

Hak Milik INSPIRASI TEKNIK LAWAK Monday, August 31, 2009

Kita lihat beberapa fakta menarik menarik dalam minggu ini. 


-Bila dah dekat nak raya timbul pula isu GULA..tapi yang tak sedapnya, ada ke Menteri suruh  rakyat kurangkan beli gula, memanglah banyak gula boleh membina banyak penyakit, tapi patut ke alasan begini diberikan setelah masalah gula kekurangan gula tidak dapat diselesaikan , bagaimana pula jika BERAS kurang, adakah Menteri akan suruh rakyat jangan beli lebih BERAS?..
- Bekas Calon BN, Rohaizat sudahlah kalah dalam PRK,kini terpaksa pula berdepan dengan Pak mertua isteri nombor duanya pula .. memang kes naya, malang bertimpa, mesti SERIK nak jadi calon dah !!!.
- Ong Tee Keat kalau nak mudah memberi penerangan kenapa Soi Lek dipecat ,terpaksalah keluarkan DVD terbarunya macam yang dilakukannya pada pemilihan yang lepas sehingga berjaya menjadi Presiden MCA 
- Konsep 1Malaysia kalau diikut keadaan semasa patutnya diubah begini, " Rakyat didahulukan,kroni diutamakan." sesuai dengan isu Harga naik, CAJ TNB dah naik,Harga gula nak naik, Minyak pun kalau kita kaji betul-betul memang NAIK!!! Itulah sebabnya kerajaan jadi marah sangat pada Pakatan Selangor turunkan dan bagi air Percuma..Lari dari konsep mereka sebenarnya yang mengutamakan kenaikan.
- Rasa pelik pula bila penganjur Demo pindah kuil hari tu kata tak tahu siapa punya kepala lembu yang dipegang,dipijak oleh mereka sendiri..mungkin lembu tu lembu yang dihadiahkan oleh pemimpin PKR pada SPRM kot tempoh hari.
- Isu H1N1 masih belum menemui sentuhan untuk reda, arahan terbaru kini terpaksa dikenakan kepada bakal penumpang bas Express pula..masalahnya pula bagaimana kalau Bas Express itu yang kena H1N1..???
- Kes Perak bakal kecoh lagi apabila Speaker Perak telah jadi dua, kita tunggu ajerlah apa kesudahan yang bakal menjadi sejarah nanti.
- Dalam sebulan dua ini kecoh pasal SPRM yang sudikan diri menyiasat Pakatan sahaja, apapun apa nak dikata dah memang MOTO mereka begitu.!! Siasat Pembangkang Rakyat Malaysia. Lainlah kalau mereka tukar MOTO baru SURM iaitu Siasat UMNO Rakyat Malaysia 
-Adakah bakal ada Pilihanraya di Kota Seputeh? Rasanya TIDAK kerana kuasa SPR boleh bertukar-tukar mengikut keadaan semasa,lagipun apa sangat kuasa Speaker!!! 
- Peragut nampak gayanya dalam seminggu dua ni tak selamat, macam-macam kes kecederaan melibatkan mereka, nampak gayanya mereka kena buat persatuan lah pulak, Persatuan Peragut Malaysia jadi senang nak tuntut ganti rugi kalau cedera dan sebagainya..amacam peragut? anda BERANI?..
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali  yang memang tidak perkasa walau sedikitpun ini bercakap mengenai situasi di PERAK, tapi tak perlah ada juga tempat dia nak menumpang duduk sementara ni,biarkan dia bukan boleh buat apapun,ibarat kata dengar boleh percaya jangan sekali .
- Kalau kita ikuti betul-betul kes Beng Hock ni, dah jadi macam kes Al-tantuya,lama-lama orang dah tahu yang mana betul, yang mana cuba diperbetulkan.
.
Wassalam..




0 ULASAN Anda

Post a Comment

INSPIRASI ANDA

IKLAN UNTUK ANDA..JADI tunggu pe ..

NUFNANG

Followers

bookmark
bookmark
bookmark
bookmark
bookmark

LIVE PARLIMEN