TIPS KOMPUTER

INSPIRASI KESIHATAN KOMPUTER

FAKTA DARI LUBUK PUAKA POLITIK

Hak Milik INSPIRASI TEKNIK LAWAK Wednesday, September 23, 2009




Artikel ini nak dihantar ke TKO,tapi disebabkan TKO masih KO lagi..Rashitt sudi untuk posting disini dulu..
Persoalan pertama dari penulis..Adakah akan berlaku lagi gelombang Tsunami Politik dalam PRK di Bagan Pinang nanti.. kita andaikan yang kawasan tersebut tidak mempunyai RM4925 pengundi hantu?  Adakah penolakan rakyat masih di tingkat atas KLCC atau sudah berada di tengah menara KLCC ataupun sudah jatuh kepintu masuk KLCC?..
Penulis telah buat beberapa analisa dan sedikit kajian tentang senario politik kita.. Ini antara hasilnya yang mungkin boleh dikongsi bersama..


1. Jika diikut dan ditanya pada golongan muda, UMNO sudah tidak kuat lagi..UMNO sudah lemah..UMNO sudah lari dari landasan perjuangan..UMNO itu dan inilah..Tapi kenapa UMNO masih nampak kuat dan mampu memerintah?.. KOMPONEN inilah sebenarnya yang telah meWAYANGkan kita untuk menunjukkan mereka sangat kuat.. Kekuatan mereka sekarang hanyalah bergantung kepada KOMPONEN MEDIA PRIMA,POLIS,SPRM dan BADAN KEHAKIMAN.. Bayangkan jika KOMPONEN ini berpaling arah?Mampukah UMNO bertahan?.


Persoalan ke dua ialah kenapa golongan muda ini menolak UMNO.."Jika anda penyokong UMNO..inilah jawapannya..
"Zaman telah berubah, taraf pendidikan dan minda politik sudah tidak lagi terkongkong ditambah dengan adanya kepesatan teknologi terutamanya Internet maka banyak sumber dan fakta mudah dicari, Golongan muda menggunakan kepesatan Internet untuk mengumpul bukti serta mencari bukti apabila terbit satu-satu isu?..Sebagai contoh.. Isu Minyak..Berilah apa jua alasan untuk menaikkan harga minyak, namun golongan ini telah mempunyai alasan dan bukti sendiri yang lebih meyakinkan..ISU Skandal PKNZ dan banyak lagi, mudah dan semacam ada kesepakatan antara golongan ini untuk mengumpul dan mencari bukti, dan yang pastinya semuanya adalah FAKTA..bukan lagi cakap-cakap politik..
Isu keadilan dan hak rakyat masih lagi ditahap yang sama dan malah lebih teruk, rakyat dihimpit dengan kenaikan kos yang tidak sepadan dengan pendapatan..Disini terdapat dua fakta menarik untuk dinilaikan, Pakatan Rakyat yang dituduh tidak pandai memerintah sedang berusaha untuk memaksimakan taraf hidup rakyat, manakala Kerajaan sedang berusaha untuk memaksimakan pendapatan rakyat, tidak perlu memberi pelbagai alasan seperti kemelesetan ekonomi dan sebagainya, pembongkaran akan segera dilakukan oleh golongan ini untuk mendedahkan apa yang tersirat. 
Mereka-mereka yang terpalit dengan seribu masalah masih lagi memegang kuasa dan masih lagi berjawatan ?..Jika orang yang diharapkan mendukung kedaulatan undang-undang rupanya mencipta undang-undang untuk kepentingan sendiri, maka adakah rakyat selamat?..Bayangkan jika anak anda tiba-tiba dituduh mencuri?..Dipukul semasa disiasat dan terus dijatuhkan hukuman? Anak anda dapat keputusan yang baik dalam peperiksaan utama negara? Sedangkan anak jiran anda hanya mendapat keputusan cukup-cukup makan.. Tiba-tiba anak jiran itu dapat peluang belajar di IPTA kerana ayahnya berpengaruh dan kaya.. Apa perasaan anda?.. Beberapa contoh yang diberi di atas inilah punca mengapa UMNO terus ditolak..dan ditolak..
Peluang dan sisa yang tinggal telah diberi untuk UMNO membetulkan keadaan namun sehingga kini tiada keyakinan bakal berlaku perubahan.
Jika anda sorot dan buat kajian, segala tuduhan UMNO kepada PR selama ini sebenarnya hanyalah berdasarkan cakap politik.. lihat huraian dibawah
" Orang melayu Pulau Pinang akan dibunuh, akan dipinggirkan apabila DAP yang perintah?.. Sehingga kini berapa ramai orang melayu PP terpaksa lari ke negeri lain?..Berapa ramai orang Melayu disana telah berjaya dibunuh?..
" Negara akan huru hara jika PR perintah?. Sudah berapa kali berlaku huruhara dalam negara ? Apa yang boleh dilihat baik seperti isu kapla lembu..UMNO lah yang HURU HARA..Cuba lihat rujukan dan siasatan kepada semua peserta Demontrasi?..Siapakah mereka?..Adakah wajah mereka boleh ditukar menjadi orang PR..Sehingga boleh terkeluar andaian seperti ini.. Jika peserta demo ditangkap bermakna itu penyokong Pembangkang, tetapi jika peserta Demo tidak ditangkap, itu penyokong UMNO.. Adakah kita hendak menyalahkan Malaysiakini dan video dalam isu ini?..
" Kepimpinan negara akan hancur, kuasa melayu akan hilang jika UMNO dipinggirkan?..Benarkah bakal berlaku begini?.. Anda fikirkan begini sahaja?..
Dalam undang-undang negara kita ni, jika pun DAP menang, dia cuma boleh perintah dua negeri sahaja iaitu Melaka dan Pulau Pinang..
Kaum apakah yang memegang majoriti dalam PAS dan PKR? 
Untuk apa diletakkan Institusi beraja ditahap tertinggi ?..
Adakah pemimpin DAP boleh dan berjaya  meminda perlembagaan negara tanpa sekongan dari PAS dan PKR?
Halusilah fakta ini,, Pas tidak akan berjaya melaksanakan undang-undang hudud tanpa kerjasama dan kesepakatan dari DAP dan PKR, manakala DAP tidak akan berjaya mewujudkan Malaysian tanpa sokongan dari PAS dan PKR..jadi dimana logiknya perkara ini cuba dibangkitkan?..
Jika semua diminta meyokong UMNO, untuk apa Demokrasi.. Apa fungsi SPR? Dan jika ini lah taraf pemikiran pendokong UMNO, maka betul dan benarlah bahawa SPR adalah alat UMNO?..
Tak perlu marah, tak perlu melenting bila golongan muda tidak menyokong UMNO, inilah antara punca dan penyebab utama..Bukan kekuatan PR sebenarnya, tetapi kekuatan dan hasrat rakyat yang mahukan perubahan..
Tanyalah sesiapa sahaja, siapa tidak cinta keamanan dan keharmonian?.. 
Siapa mahu hidup dalam kesusahan dan ketakutan?
FIKIRKAN fakta ini maka Insya-Allah UMNO mampu menang besar dalam PRK Bagan Pinang ditambah lagi dengan undi percuma rm4925..






0 ULASAN Anda

Post a Comment

INSPIRASI ANDA

NUFNANG

Your Electronic Warehouse - Save on select Bose® products
New Barnes & Noble Membership Program!
Gifts for Grads
nook-The Ultimate Gift for Mom
Discount Golf World - FREE Gift with the Purchase of Select Bridgestone and Precept Golf Balls

Followers

Gifts for Grads
Pre-Order 'The Short Second Life of Bree Tanner : An Eclipse Novella'
bookmark
bookmark
bookmark
bookmark
bookmark

LIVE PARLIMEN