TIPS KOMPUTER

INSPIRASI KESIHATAN KOMPUTER

INSPIRASI TULISAN JAWI Bahagian 1.

Hak Milik INSPIRASI TEKNIK LAWAK Tuesday, September 8, 2009



Mungkin sebahagian dari kita amat memerlukan tulisan Jawi terutamanya pelajar-pelajar serta guru-guru Sek Agama. Jadi kali ini marilah kita belajar tentang pemasangan JAWI tanpa perlu anda pergi ke Wilayah Perseketuan, nanti sesat!!!

Untuk memudahkan tulisan Arab atau Jawi dapat dibaca dan digunakan dengan mudah dan berkesan, kita kena tukar Languaqe  Setting dulu dengan cara berikut, sebelum itu pastikan anda mempunyai Installer Windows XP samada tulen atau cap ayam.


Masukkan Installer Windows XP anda, dan dapatkan Menu  Control Panel dan klik pada Regional and Language Options.. Sila klik pada Languages dan klik (tandakan )  keedua-dua bahagian pada "Install file ..." rujuk gambar dibawah..




Klik Apply dan Ok untuk agar proses salinan fail dapat dilaksanakan.


TUNGGU SEHINGGA PROSES INI SELESAI, kalau komputer anda memang jenis " slow and stready" bolehlah pergi minum dulu ker..picit jerawat ker ..buatlah apa yang patut..


Setelah proses ini siap, anda akan diminta untuk Restart, pilih No untuk tidak Restart..








Klik Details untuk mendapatkan arahan seperti disebelah, 
Klik pada Add untuk memasukkan tambahan  fungsi  kekunci(Keyboard) iaitu ARABIC atau lainnya. Anda boleh masukkan banyak jika mahu..tak ada siapa nak denda anda!!


















Buat pilihan pada Input Language. Untuk versi ARABIC memadai anda pilih Saudi Arabia sebab ianya lebih dikenali bentuk tulisannya.
























Apabila kita pilih Install for Asia Language, biasanya dimasukkan secara Automatik kegunaan kekunci dari Chinese dan sebagainya, anda boleh padam dengan bergerak pada Language yang tidak diperlukan dan klik pada Remove..
Rujuk gambar disebelah.
















Langkah seterusnya, klik pada Key Settings untuk memastikan dua pilihan Language telah kita lakukan, pastikan terdapat dua pilihan iaitu English dan Arabic pada senarai yang dicadangkan.
























Klik pada Language Bar untuk memudahkan kita berurusan dengan kedua-dua Languege ini, Pastikan anda klik keduanya seperti gambaran diberi disebelah ini bukan disebelah rumah anda..


















Tekan Apply dan OK dan perhatikan pada bahagian kanan Desktop, gambaran seperti disebelah telah menjelma dengan penuh gaya, mutu dan keunggulan. Klik untuk pilih mana satu pilihan anda..




Sekarang Windows anda sudah pun mempunyai Dwi bahasa..
TIPS- Untuk memudahkan anda mengendalikan huruf Jawi, Dapatkan Sticker tulisan Jawi untuk ditampal pada Keyboard kalau anda tak nak beli keyboard Arabic.


Untuk mempertajam dan mengemaskan lagi, ikuti bahagian kedua JAWI untuk menambah Fon(bentuk tulisan ) dalam posting seterusnya..















0 ULASAN Anda

Post a Comment

INSPIRASI ANDA

NUFNANG

Your Electronic Warehouse - Save on select Bose® products
New Barnes & Noble Membership Program!
Gifts for Grads
nook-The Ultimate Gift for Mom
Discount Golf World - FREE Gift with the Purchase of Select Bridgestone and Precept Golf Balls

Followers

Gifts for Grads
Pre-Order 'The Short Second Life of Bree Tanner : An Eclipse Novella'
bookmark
bookmark
bookmark
bookmark
bookmark

LIVE PARLIMEN