TIPS KOMPUTER

INSPIRASI KESIHATAN KOMPUTER

INSPIRASI BERITA Rashitt

Hak Milik INSPIRASI TEKNIK LAWAK Monday, September 14, 2009


Hari ini baru berkesempatan untuk mencoretkan  sedikit bingkisan untuk tatapan teman-teman. Tanpa membuang masa kita sorot berita dari sumber berita internet dalam seminggu dua ini.


Sumber Malaysiakini..
1. Nampaknya isu selipar masih lagi digunakan untuk mengaibkan seseorang dan yang terbaru pastilah kritikan terhadap Tun DR.M..Walau bagaimanapun Samy Velu yang ternyata masih "Bengang" dengan Tun perlulah meinsafi diri sendiri kerana biasanya tidak akan ada perwakilan mana-mana parti yang berani "bertindak" jika tidak mendapat ilham dari Presiden mereka sendiri.
2. Sebut pasal Samy Velu pasti semua orang kenal siapa beliau disebalik rambut palsu yang tak akan beruban sampai bila-bila itu. Menyalahkan orang lain memang tabiat dan ilham beliau, bukan setakat orang, jika anda masih ingat isu MRR2, hujan pun disalahkan, jadi tidak pelik kalau dia salahkan UMNO mengapa MIC tersungkur dalam FRU lepas.
3. Terdapat ura-ura PKR akan bertanding di Bagan Pinang, kita lihat apa pula reaksi pemimpin tertinggi PKR, adakah ini juga permainan politik UMNO yang kita pun tahu Calon PKR itu cukup baik dengan Isa Samad..entahlah..
4. SPR telah pun menetapkan tarikh hari mengundi bagi Dun Bagan Pinang yang jauh dari Pulau pinang yang buat pertama kalinya dibuat pada hari Sabtu(3okt) untuk penamaan calon manakala Ahad(11okt) depan hari penentuan..EH!! Salah tekaan penulis yang menjangkan SPR akan menetapkan hari tradisinya iaitu SELASA seperti sebelum ini..
5. Kes undi Pos masih lagi tidak di ulas oleh pihak SPR, kemungkinan akan diulas saat akhir nak mengundi yang lebih kurang begini " Amalan undi pos akan diteruskan macam biasa, kerana kita tidak pernah memaksa mana-mana pihak untuk mengundi parti mana yang dia suka, WALAUPUN HAKIKATNYA KITA TAHU MEREKA MENGUNDI PARTI MANA!..Jadi tidak timbul soal keraguan disini..Lagipun Pr dah selalu menang,kali ini bagilah UMNO pulak?..
6. Bapa Al-Tantuya nampaknya sudah tidak mampu lagi untuk menanggung kos dan membuang masa untuk mendapatkan keadilan bagi anaknya, mungkin beliau sedang memikirkan alternatif lain yang dirasakan boleh seperti melalui ceramah-ceramah politik..Ha!! Ada yang berani jemput beliau?..
7. Kecoh juga sekejab dengan isu buluh runcing Indonesia, kalau tidak orang dah lupa macam mana bentuk buluh runcing, buluh lemang banyak la dekat nak raya ni..Patutnya orang Indonesia bagi kita buluh lemang, barulah ada toleransi..
8. Sekiranya Dr. Awang Adek dapat jadi MB Kelantan tempoh hari, tentu isu royalti minyak lain pulak bunyi alasan yang akan diberi.."Ianya memang berada didalam kawasan perairan Kelantan, kita berhak"..Cakap pusing dan kornar baring ni biasalah bagi mereka.
9. Kampung Buah Pala nampak gayanya tinggal kenangan kepada penduduknya,kita pun sedih dengan apa yang berlaku,tapi apa boleh buat,inilah pilihan mereka sendiri dulu-dulu..
10. Isu Arak nampaknya masih "hangat " di Selangor..kenapa hanya di negeri PR sahaja yang kecoh..mungkin ini sebabnya kot..Setelah isu kapla lembu,zakat tak jalan, isu ini pula boleh diaploitasi sebaik mungkin..
11. Rasa nak sebak dan geram pun ada bila Mirzan Mahathir ulas tentang " namanya" sebagai salah seorang orang kuat syarikat arak di Filipina sebagai "hanya bisnes" jadi tak salah..isk..isk..abis tu kalau buat kedai TOTO pun tak salah lah..sebab ini bisnes?..
12.Nasib Chua dengan Subramaniam(exMic) nampaknya sama, bolehlah mereka tubuhkan parti baru bersama penyokong memasing. Dicadangkan mereka tubuh parti POS lah..gerenti menang punya..logo boleh letak Stem..amacam setuju?


Kita beralih pula dalam Mstar online..
1. SPRM siasat Khir Toyo 6 jam, dah siasat ker?..malam ke siang? Siasat ker tengah rancang untuk menyiasat? Payah nak cerita dan percaya SPRM sekarang ni..lagi tak sedap bila yang pukul orang semua melayu..Tak ingat ker dunia ni ibarat pusingan roda, hari ni kita pukul orang,esok orang pukul anak kita pulak?..
2. Kita mendoakan agar pelawak Ahmad Busu berada dalam keadaan yang memuaskan, janganlah kita abaikan insan seni yang sorang ni..Ingat lagu raya beliau "Jangan main Mercun"..
3. Kekadang rasa seronok dan mudah jadi artis terkenal ni, jual apa benda pun laku..Contohnya Erra Fazira dan suami serta UMie Aida..cuba anda yang jual air pelbagai perisa tu..boleh laku dan habis 350cawan dalam masa sejam?


Selamat berpuasa dan bersiap nak raya!!!.





0 ULASAN Anda

Post a Comment

INSPIRASI ANDA

NUFNANG

Your Electronic Warehouse - Save on select Bose® products
New Barnes & Noble Membership Program!
Gifts for Grads
nook-The Ultimate Gift for Mom
Discount Golf World - FREE Gift with the Purchase of Select Bridgestone and Precept Golf Balls

Followers

Gifts for Grads
Pre-Order 'The Short Second Life of Bree Tanner : An Eclipse Novella'
bookmark
bookmark
bookmark
bookmark
bookmark

LIVE PARLIMEN