TIPS KOMPUTER

INSPIRASI KESIHATAN KOMPUTER

MASALAH FORMAT Adaptasi Ebook Inspirasi

Hak Milik INSPIRASI TEKNIK LAWAK Tuesday, September 15, 2009





Adaptasi dari Ebook Format Komputer






Jika didalam artikel sebelum ini, kita telah mempelajari teknik mudah format komputer, kali ini kita kenali pula beberapa masalah yang sering berlaku apabila kita melakukan proses Format - juga adaptasi dari ebook Format komputer. Masalah Format boleh kita bahagikan kepada sebelum,semasa dan selepas format dijalankan, ikuti penerangan diberi.

1. Pastikan Specifikasi komputer anda layak untuk Windows.
Untuk mengelakkan berlaku sebarang masalah, kita kena pastikan tahap specifikasi komputer kita mencukupi atau melepasi tahap piawaian yang telah ditetapkan oleh Microsoft..
Seperti contoh jika anda mahu menggunakan Windows Xp, tahap berikut diperlukan..

- Processor 300mhz ke atas
- Ram 128mb
- Hard Disk 1.5mb.

Bagi Vista atau Windows 7


  • 1 GHz 32-bit (x86) or 64-bit (x64) processor
  • 1 GB of system memory
  • 40 GB hard drive with at least 15 GB of available space

Specifikasi diatas adalah untuk tahap paling minima, kelembapan bakal terjadi sekiranya anda menggunakan specifikasi seperti diatas.

2. KENALI ARAHAN RALAT.

Arahan ralat ialah paparan yang dikeluarkan sebagai pemberitahuan bahawa proses format tidak dapat dijalankan atas sebab-sebab yang tertentu, seperti beberapa contoh dibawah.

a. Arahan ini akan dipaparkan sekiranya Hard disk kita mempunyai masalah ataupun kita tidak menukar fungsi SATA didalam Cmos terutamanya bagi yang cuba menukar Windows Vista kepada XP.



Penyelesaian.

- Gunakan arahan Cmos untuk mengesan kehadiran Hard Disk .



Lakukan proses Setup Format lagi sekali, sekiranya arahan sama seperti gambaran diatas dipaparkan , cuba tukar arahan SATA didalam Cmos dan ulangi langkah Setup semula. Jika arahan sama seperti gambaran diatas juga yang muncul, ini menandakan Hard Disk anda sudah mahu pencen atau bersara awal.




b. Arahan ini pula akan dipaparkan sekiranya CD @DVD installer yang digunakan tidak dapat dibaca ataupun pemacu drive yang bermasalah.


Penyelesaian.

Buat pemeriksaan kesihatan untuk memastikan Installer atau pemacu yang bermasalah.





c. Semasa tengah seronok kita menikmati proses format komputer sedang giat dilakukan,tetiba keluar arahan-arahan ralat seperti dipaparkan dibawah yang dikenali juga sebagai "blue screen of death". 







Contoh arahan blue screen of death.









Tiga contoh arahan diatas adalah antara puluhan contoh yang tidak digemari dan ditakuti oleh semua juruteknik-juruteknik komputer, banyak kerja dan penyelidikan terpaksa dilakukan untuk mencari dimana punca dan penyebab kepada keluarnya arahan seperti ini.
Bagaimanapun kita boleh melakukan beberapa langkah mudah untuk mengesan punca kerosakan berdasarkan kepada pengalaman dan pembelajaran.

Penyelesaian.

1. Buat semakan keatas Ram yang digunakan, cuba ganti atau ubah kedudukan Ram pada slot papan litar.

2. Keluarkan Ram dan cuba cuci kaki ram menggunakan pemacam ..seperti gambaran dibawah.



Gunakan pemadam pensel dan gosok(cuci) pada bahagian bawah RAM yang berwarna emas..










3. Sekiranya komputer anda menggunakan Kad tambahan seperti untuk Sound,modem mahupun VGA,keluarkan kad tersebut dan cuba ulangi langkah format.

4. Pastikan kipas pada Cpu ataupun pada Power supply dalam keadaan baik.

5. Lihat keadaan hard Disk agar tahap kepanasan tidak melampau, jika terlalu panas anda boleh gunakan kipas tambahan padanya.

6. Dapatkan arahan Cmos dan cuba "Default" kepada arahan asal atau kemungkinan arahan didalam Cmos @bios anda telah bertukar, rujuk gambar dibawah.

Pilih salah satu arahan Defaults seperti gambaran disebelah .












7. Cuba ganti  Power Supply atau bekalan kuasa, kemungkinan berlaku kerosakan padanya menyebabkan pengaliran arus tidak stabil.

8. Untuk menyemak kerosakan Papan litar payah untuk diterangkan, kerana ianya melibatkan banyak slot,pot,ic dan sebagainya.
9. Processor atau cpu adalah diantara langkah terakhir yang boleh dibuat penyelidikan kerana ianya jarang-jarang kemungkinan berlaku sehingga mengeluarkan arahan Blue Screen.Kalau berlakupun kemungkinan Kipas yang gagal berfungsi menyebabkan CPU mati kepanasan.

Jadi rajin-rajinlah tengok kipas didalam CPU anda..

Selamat Mencuba.





0 ULASAN Anda

Post a Comment

INSPIRASI ANDA

NUFNANG

Your Electronic Warehouse - Save on select Bose® products
New Barnes & Noble Membership Program!
Gifts for Grads
nook-The Ultimate Gift for Mom
Discount Golf World - FREE Gift with the Purchase of Select Bridgestone and Precept Golf Balls

Followers

Gifts for Grads
Pre-Order 'The Short Second Life of Bree Tanner : An Eclipse Novella'
bookmark
bookmark
bookmark
bookmark
bookmark

LIVE PARLIMEN