TIPS KOMPUTER

INSPIRASI KESIHATAN KOMPUTER

INSPIRASI WINDOWS TIPS Edisi Laporan Polis

Hak Milik INSPIRASI TEKNIK LAWAK Monday, September 7, 2009


1. Kehilangan FOLDER OPTIONS .
" Pada waktu 00.00kmj sejam, saya telah mendapati FOLDER OPTIONS dalam Windows saya telah hilang, puas sudah saya mencari dimerata-rata tempat hingga ke sempadan Thailand, namun tidak juga berjaya ditemui. Saya syak Suspek ini ialah Pendrive saya sendiri kerana saya memang menternak virus didalam pendrive tersebut. "

Berdasarkan laporan terperinci yang telah dibuat ini, pihak polis telah menjalankan penyiasatan rapi berpandukan kepada langkah-langkah berikut..
   -) Lakukan gerakan pada menu START dan berhenti pada RUN..taipkan kekunci " GPEDIT.MSC agar paparan  lakaran wajah suspek diperolehi.



Apabila wajah suspek diperolehi, klik pada USER COFIGURATION >ADMINISTRATIVE TEMPLATES > WINDOWS COMPONENTS > WINDOWS EXPLORER, lakukan gerak khas untuk mendapatkan "Remove the Folder Options menu item from the tools menu " dan klik ..



Selepas arahan tadi berjaya dilakukan, paparan seperti ini akan dipaparkan dan klik pada Enabled >  klik Apply, klik semula pada Not Configured klik Apply  dan sebelum klik OK. 






Sila Restart komputer anda sendiri jangan komputer jiran anda untuk menjayakan misi menyelamat anda.
-) Sekiranya langkah seperti diberi tadi kurang berkesan, anda boleh ikuti langkah dibawah 
Dapatkan Run dan taip REGEDIT. ikuti arahan dibawah .

"HKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft\Windows\Current Version\Policies\Explorer cari arahan berkaitan Folder options , tukar Value yang diberi kepada 0. 

2.Gangguan mental pada  Shutdown. 

" Sebelum ini, saya telah berkenalan dengan en. Shutdown dari kampung Xp pinang sebatang, semenjak saya berkawan dengannya. En. Shutdown selalu mengganggu urusan saya yang menyebabkan kadar kepantasan saya mahu menutup komputer telah terjejas, masa yang diambil terlalu lama. Ini telah menyebabkan berlaku gangguan mental bagi kami sekeluarga"..

Pihak polis telah pun menghubungi En. Shutdown dan beliau telah mencadangkan beberapa langkah berikut boleh diambil untuk mempercepat dan memantaskan operasi beliau..

Gunakan Run dan taipkan  arahan REGEDIT.. cari arahan

"HKEY_CURRENT USER>Control Panel> Desktop > lihat pada bahagian kanan cari "WaitToKillAppTimeout", klik kanan untuk mendapatkan arahan Modify, tukar value yang diberi kepada 1000 dan klik OK. Cari pula " HungAppTimeout" lakukan seperti tadi untuk menukar Value kepada 1000.

3. Memastikan arahan Menu cepat bertindak .

Semasa cuba menggodek salinan laporan polis yang lama, pihak polis telah menemui satu bahan bukti yang boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah Menu yang lembab bertindak..ikuti bagaimana bahan bukti ni boleh digunakan.

Dapatkan RUN dan taip REGEDIT..

 "HKEY_CURRENT USER>Control Panel> Desktop > lihat pada bahagian kanan dan cari arahan "MenuShowDelay", klik kanan untuk tukar value kepada 100.


Selamat mencuba..

0 ULASAN Anda

Post a Comment

INSPIRASI ANDA

IKLAN UNTUK ANDA..JADI tunggu pe ..

NUFNANG

Followers

bookmark
bookmark
bookmark
bookmark
bookmark

LIVE PARLIMEN