TIPS KOMPUTER

INSPIRASI KESIHATAN KOMPUTER

RAWATAN MASALAH KOMPUTER selepas raya

Hak Milik INSPIRASI TEKNIK LAWAK Monday, September 28, 2009


 
Oleh kerana seminggu kami cuti beraya, maka banyaklah komputer-komputer yang perlu kami buat rawatan kesihatan yang dihantar oleh pelbagai pelanggan dari pelbagai ragam. Kita kongsi masalah mereka yang sempat dicatatkan dalam artikel ini.

Penyakit 1.
En. Rahim berhasrat untuk menukar Windows Vista kepada Windows XP kerana beliau berdepan dengan masalah komputer melakukan gerak perlahan (lembab dan sembab) kerana kekurangan RAM, banyak perisian tidak dapat digunakan serta beliau masih belum menemui sentuhan Vista kerana beliau lebih pakar menggunakan Windows XP baik yang asli ataupun tidak.


Proses Rawatan.
Oleh kerana perisian asal yang dipasang pada Komputer En. Rahim adalah Vista dan beliau menggunakan Hard Disk IDE, kami perlu menukar arahan SATA terlebih dahulu didalam Cmos@Bios untuk mengelakkan notis ralat seperti paparan dibawah ini keluar.











Dibawah ini pula contoh arahan untuk SATA yang diambil dari dalam CMOS@Bios.





Pilihan IDE perlu dilakukan untuk mengelakkan keluarnya notis saman(rujuk gambar diatas) dari Majlis Perbandaran Windows Xp serta dapat melancarkan kerja-kerja pembinaan bangunan empat tingkat Windows Xp.













Penyakit 2.
Komputer Dolmat kemungkinan telah diserang oleh virus yang telah dibawa pulang untuk beraya bersama oleh anak sulungnya dari Kelompo menggunakan Pendrive. Hampir kesemua perisian dan fail tidak berjaya dibuka seperti biasa. Ini merungsingkan Dolmat menyebabkan beliau demam tak kebah-kebah.


Proses rawatan.
Kemungkinan registry untuk perisian dalam komputer telah berubah menyebabkan banyak perisian menemui jalan buntu untuk dibuka. Kami menggunakan Code yang diambil dari komputer lain seperti dibawah untuk membetulkannya semula.


Windows Registry Editor Version 5.00


[HKEY_CLASSES_ROOT\.EXE]

@="exefile"

"Content Type"="application/x-msdownload"



Dengan menggunakan Notepad, fail ini telah dicipta dengan menggunakan nama yang akhirnya mememerlukan penambahan .reg seperti contoh nama diberi Rot.reg.
Setelah fail ini disalin kedalam Desktop komputer dolmat, Klik kanan pada fail tersebut dan pilih Merge.
Apabila komputer Dolmat telah berjaya kembali stabil , arahan dari Code ini boleh digunakan untuk mengelakkan kita dari mengambil langkah format.


Penyakit 3.
Pemacu Drive DVDrom Pn. Hayati tetiba tidak dapat dibuka walaupun butang Eject telah penat ditekan dengan pelbagai gaya dan ragam oleh beliau dan saudara mara beliau yang datang beraya. Masalah ini berlaku setelah mereka selesai menonton DVD Upin dan Ipin Pengembaraan bermula yang dibeli dipasar malam tapi yang Ori katanya..he..he..he


Proses Rawatan.
Untuk mengeluarkan DVD Upin tadi, satu cara mudah boleh dicuba terlebih dahulu iaitu dengan menggunakan Jarum dan dicucuk pada lubang kecil yang terdapat pada pemacu Drive tersebut. Tengok gambar dibawah.














Sekiranya masih tidak berjaya, kita boleh cabut kabel IDE yang terpasang padanya dengan membiarkan wayar Power Supply sahaja. Rujuk gambar diberi.





Setelah dicabut kabel IDE2 tadi, hidupkan komputer dan tekan punat eject untuk mengeluarkan DVD upin tadi.









Tips-
Sekiranya pemacu Drive anda dari golongan SATA, cabut kabel Sata yang biasanya berwarna merah serta ulangi seperti langkah di atas.


Penyakit 3.
Adik Fahmi telah terpadam dail-up untuk penyambungan Internet Streamyx untuk Windows Xp secara tidak sengaja dan tanpa pengetahuan bapanya beliau memohon bantuan kami untuk menyelamatkannya.


Proses rawatan.
Dapatkan Network Connection dari dalam Control Panel dan ikuti gambaran dan arahan yang dilaksanakan dibawah.





Tanpa perlu rasa bersalah, Klik pada Create a new connection.
















Klik Next untuk teruskan.




















Klik pada Connect to Internet.


















Klik Set up my connection manually.
















Klik pada arahan seperti gambaran diberi.






















Taipkan nama untuk penyambungan seperti Streamyx dan sebagainya, isi nama sendiripun boleh jika nama anda tidak buruk.















Biarkan ruang ini kosong sekiranya anda tidak mahu orang lain dapat menggunakan internet anda dan klik pada Next.
















Tanda atau klik pada Add shotcut untuk memudahkan anda menggunakannya yang akan dipamirkan pada Desktop.
















SELAMAT MENCUBA..









0 ULASAN Anda

Post a Comment

INSPIRASI ANDA

NUFNANG

Your Electronic Warehouse - Save on select Bose® products
New Barnes & Noble Membership Program!
Gifts for Grads
nook-The Ultimate Gift for Mom
Discount Golf World - FREE Gift with the Purchase of Select Bridgestone and Precept Golf Balls

Followers

Gifts for Grads
Pre-Order 'The Short Second Life of Bree Tanner : An Eclipse Novella'
bookmark
bookmark
bookmark
bookmark
bookmark

LIVE PARLIMEN