TIPS KOMPUTER

INSPIRASI KESIHATAN KOMPUTER

SEBIJI KOMPUTER DENGAN SEKAMPUNG CICAK

Hak Milik INSPIRASI TEKNIK LAWAK Tuesday, September 29, 2009





Rasanya semua kenal cicak tak kiralah samada cicak itu emsen atau cantik bistari..Apa pula kaitan cicak dengan komputer? Nak tahu lebih lanjut kita bersama Bidan Inspirasi yang arif tentang cicak yang kabarnya hanya dengan melihat kulit telor sahaja beliau dah tahu cicak itu cicak kaya atau cicak miskin.


" Iyer..kite bertemu lagi lah iyer..Bidan tak boleh lama ni kerana ada komputer nak bersalin yang jika diikut pada tarikh patutnya..iyer.. hari raya ari tu dah selesai,mungkin anak tu nak kasi can kat mak dia beraya dengan baju raya " fesyen kebaya songket yang ditempah khusus untuk ibu-ibu mengandung" kot..


Kita mulailah iyer..komputer dan cicak ini sebenarnya ..iyer.. keduanya memainkan peranan penting untuk kita..terutamanya dalam bab menyusahkan yang mana kita terpaksa mengusung Cpu atau Monitor ke kedai komputer untuk dibaiki... iyer..hanya kerana cicak telah berkampung didalamnyanye..iyer..yang menyebabkan berlaku simpton-simpton perlanggaran pintasan litar pintas lalu meakibatkan komponen komputer rosak atau terbakar..iyer..


Jadi untuk mengelakkan berlaku perkara ini..iyer..kita tengok..iyer beberapa komponen yang memang diminati oleh cicak untuk membuat kampung baru mereka..iyer..


Power Supply atau bekalan kuasa adalah pilihan utama keluarga cicak untuk membina rumah..iyer..selain itu Monitor juga boleh dijadikan sebagai pilihan kedua...iyer..terutamanya monitor jenis lama yang mempunyai rongga-rongga ruang saiz badan cicak..iyer..Sekiranya keadaan mendesak ruang dalaman Cpu atau Casing juga boleh dijadikan tempat penginapan selesa untuk cicak dan keluarganya..iyer..


Iyer.. Macam mana kita nak elak atau tepis iyer..perkara dari berlaku..iyer..Anda buat dan ikutilah tips ini..iyer..mudahan dengan adanya tips ini..kita..iyer..telah dapat membantu mengurangkan..iyer pendapatan pembuat komponen komputer..iyer..jahatlah kita..iyer..he..he..he..



1. Power Supply @ bekalan kuasa bakal ditaip PS untuk mengelakkan berlaku pembaziran huruf..



Jika kita belek dibelakang PS kita..iyer..terdapat ruang..iyer..yang boleh memuatkan seekor cicak untuk meneroka didalamnya..iyer..jadi..iyer..kita perlu menutup ruang ini..iyer.. dengan menggunakan satu bahan yang  mempunyai lubang-lubang kecil..iyer..sebagai contoh..
- Jaring rumah...ala..yang digunakan ditingkap-tingkap ituler untuk mengelak nyamuk..iyer..tengok contoh gambar..


- Segala jenis jaring pun boleh..iyer..jika tak jumpa cari..macam jaring ikan..Jala pun ok.. tapi jangan Idris Jala yer...
- Langsir pun boleh..iyer..asalkan ada ruang rongga untuk udara keluar..kalau dapat langsir jenis mahal lagi baik..baru dapat dimertabatkan PS anda..ha..ha..


Nak pasang..isk..iyer...tengok contoh gambar..mudah jer..kan..maleh bidan nak ajor cara nak memasang..



2. Monitor terutamanya yang masih mengekalkan yang lama..
Monitor pun iyer..jika tengok ada ruang @rongga yang besau-besau tu boleh kita.. tutup iyer..gunakan tudung iyer..walaupun mungkin anda tidak bertudung...pilihan bentuk tudung mestilah iyer..macam yang dapat mengeluarkan ruang udara begitu..jika rajin boleh benang kait  ikut corak monitor iyer..tapi..tidak digalakkan anda menggunakan tudung saji iyer..malu kat orang jer..



3. Belakang Cpu atau casing..
Jika dilihat dibelakang Cpu anda iyer..mempunyai ruang untuk membenarkan cicak masuk..kita boleh tutup iyer..gunakan pelekat hitam pun boleh..iyer..ataupun jika kreatif..gunakan kertas tebal dan lekatkan disitu..iyer..Tengok contoh bila boleh terjadi ruang kosong pada Cpu..iyer..



Ruang kosong ini biasanya terjadi..iyer..bila kita keluarkan satu komponen PCI atau Agp pada komputer..rujuk gambar sebelah iyer...











Penutup begini biasanya banyak dikedai-kedai komputer..boleh mintak kat mereka iyer..








Alamak..enpon jenama Simen rumah bidan dah menjerit..selamat mencuba..








































































0 ULASAN Anda

Post a Comment

INSPIRASI ANDA

IKLAN UNTUK ANDA..JADI tunggu pe ..

NUFNANG

Followers

bookmark
bookmark
bookmark
bookmark
bookmark

LIVE PARLIMEN