TIPS KOMPUTER

INSPIRASI KESIHATAN KOMPUTER

BERKENALAN DENGAN WINDOWS

Hak Milik INSPIRASI TEKNIK LAWAK Thursday, October 8, 2009



Windows kengkadang dipanggil juga OS yang sebenarnya tiadapun kaitan antara OS  Windows dengan Mr. OS (oh..kome durian udah bebunger)OS merujuk kepada Operating System yang digunakan iaitu Windows samada XP,Vista ataupun Windows 7. Terdapat juga OS yang bukan dari keluarga Windows seperti menggunakan Linux atau Macintosh yang digunakan pada komputer Apple.

Oleh kerana kebanyakkan dari kita menggunakan pilihan muktamat Windows,kita  tengok ape sebenarnya Windows ini dan apa maklumat yang boleh didapati darinya. Percaya tak ada diantara kita sebenarnya tidak tahupun apa-apa tentang Windows sedangkan hari-hari menggunakan Windows..Jangan pula pelik..kerana sama la juga orang bawa kereta,tak semua tahu pasal engin..he..he..Jom berkenalan..

1.Melalui Windows kita akan dapat mengetahui tentang apa yang digunakan oleh komputer anda seperti jenis Hardware(Komponen), maklumat ini berguna bila berlaku kerosakan anda dah tahu apa alat ganti yang perlu dibeli..untuk membuat proses semakan mudah ler sesangat..
Dapatkan arahan Control Panel - bergerak atau cari System..



Klik 2 kali pada System tapi jika anda tidak cepat gunakan tetikus, klik sekali pada System dan tekan kekunci ENTER..
















 
Apabila arahan System terbonjol keluar, klik pada HARDWARE dan seterusnya DEVICE MANAGER..jangan pula pergi jumpe Manager Estate..tak de maknenyer..































Didalam arahan Device Manager tumpukan perhatian kepada peralatan yang penting yang perlu anda tahu iaitu pada Display, Networking, Sound Card selain arahan-arahan lain. Seperti contoh jika anda mahu melihat apakah Networking (LAN) yang digunakan klik pada Network Adapters seperti contoh gambar.








2. Arahan dalam Control Panel.
Selain kegunaan System yang diterangkan tadi,terdapat beberapa arahan lain lagi yang boleh digunakan..Berikut diterangkan serba ringkas beberapa arahan yang penting dan perlu diketahui tentang fungsi dan peranan arahan-arahan yang terdapat dalam Control Panel. Pada artikel seterusnya nanti kami akan paparkan secara lebih mendalam mengenai arahan ini.



- Add Hardware
Sekiranya Hardware atau komponen yang dipasang tidak dapat dikesan oleh komputer,anda boleh gunakan arahan ini secara manual.


- Add or remove program.
 - Arahan ini untuk digunakan untuk kita memadam perisian yang tidak diperlukan lagi dengan menggunakan fungsi UNINSTALL atau REMOVE. Anda boleh juga menambah perisian menggunakan arahan ini dengan memilih Add a New Program..

- Display - 
Arahan ini berguna untuk anda menukar bentuk,gambar, saiz paparan Windows yang digunakan.


- Internet Options 
Arahan yang berfungsi untuk kegunaan Internet, anda boleh buat penyambungan atau mengubah penyambungan Internet serta memadam History menggunakan arahan ini.


- Network Connection..
Untuk mengubah atau membuat penyambungan Internet ataupun rangkaian komputer boleh menggunakan arahan ini.


- Mouse.
Jika anda seorang yang pelik dan suka menukar sesuatu bentuk.bolehlah gunakan arahan Mouse untuk menukar bentuk petunjuk arah mengikut selera anda sendiri.


- Printer and Fax.
Arahan untuk pencetak ini rasanya semua dah tahu apa fungsi dan peranan.


- Sound and Audio Devices
Menukar dan mempelbagaikan fungsi bunyi-bunyian komputer anda untuk menceriakan suasana.


- User Account
- Gunakan arahan ini untuk menukar password atau menambah,memadam bilangan pengguna komputer anda..


Begitulah serba ringkas beberapa arahan dan fungsi yang akan memperkenalkan kita dengan lebih rapat bersama Windows.


Selamat mencuba..






 

2 ULASAN Anda

  1. Kjnormie1961 Says:
  2. Assalamualaikum,

    T/Kasih kerana lawat blog saya. Saya berminat dengan teknik blog anda yang teratur dan tersusun.

    Blog ini juga banyak idea, kreatif dan ilmu yang boleh dipelajari.

    Semoga sukses selalu.

     
  3. Waalaikum salam, terima kasih..ajak ler kengkawan promote blog kami..kita sama berhibur sambil berilmu..Peace!!

     

Post a Comment

INSPIRASI ANDA

NUFNANG

Your Electronic Warehouse - Save on select Bose® products
New Barnes & Noble Membership Program!
Gifts for Grads
nook-The Ultimate Gift for Mom
Discount Golf World - FREE Gift with the Purchase of Select Bridgestone and Precept Golf Balls

Followers

Gifts for Grads
Pre-Order 'The Short Second Life of Bree Tanner : An Eclipse Novella'
bookmark
bookmark
bookmark
bookmark
bookmark

LIVE PARLIMEN