TIPS KOMPUTER

INSPIRASI KESIHATAN KOMPUTER

MASALAH HARD DISK DAN KEHIDUPANnya..

Hak Milik INSPIRASI TEKNIK LAWAK Thursday, October 1, 2009




Percayakah anda jika dikatakan komputer boleh dihidupkan tanpa hard Disk? Boleh percaya atau tidak kena baca artikel ni sampai ketemu jawapannya..
Semua orang tahu kegunaan dan kepentingan Hard Disk atau disebut juga Storan, dan ramai juga yang merana,sakit jiwa kerana Hard Disk jika Hard Disk anda terpaksa ambil cuti sakit atau meninggal dunia. Oleh kerana pentingnya Hard Disk pada Komputer kita kenalah tahu beberapa tips dan proses pencegahannya agar tidak menyesal dikemudian hari..
Sebenarnya didalam Windows sendiri sudah mempunyai beberapa arahan yang boleh digunakan untuk memastikan jangka hayat Hard Disk tanpa perlu kita muat turun perisian tertentu yang kebanyakkannya memerlukan belanja..


1. Memastikan Hard Disk sentiasa dalam keadaan stabil.
Untuk memastikan tahap kesihatan Hard Disk anda dijamin selamat,anda perlulah merajinkan diri untuk buat pemeriksaan sekurangnya seminggu sekali dengan cara : -


a) Memastikan tahap kepanasan Hard Disk anda ditahap minima, rajin pegang Hard Disk anda takut diserang demam panas yang melampau. Jika terdapat tanda-tanda panas yang berlebihan,gunakan kipas tambahan (boleh rujuk artikel sebelum ni) padanya, lakukan segera proses backup fail utama anda kerana kemungkinan hayat Hard disk anda "On the way to Pass Away...".


b) Selalu semak dan rajin untuk membuang fail-fail yang tidak perlu terutamanya dalam Windows/Temp , Internet History dan sebagainya. Ikuti langkah yang paling mudah tapi jarang dilakukan dibawah ini untuk memudahkan anda..



GUNAKAN TETIKUS UNTUK MELAKUKAN GERAKAN SOLO KE MY COMPUTER ,KLIK SEKALI PADA HARD DISK ANDA IAITU C DAN KLIK KANAN PADA TETIKUS,PILIH ARAHAN PROPERTIES.

















JANGAN MEMALU KLIK PADA DISK CLEANUP

























TANDAKAN PADA SEMUA KOTAK YANG DISEDIAKAN DAN KLIK OK UNTUK MULA MEMBUANG SAMPAH DAN KOTORAN PADA HARD DISK.
























c) Pastikan juga ruang untuk Hard Disk anda sentiasa mencukupi dan memuaskan hati, komputer juga boleh jadi lembab kalau ruang Hard Disk penuh. Jika teringin sangat atau  memang saiz Hard Disk anda kecil, anda boleh gunakan arahan Compress untuk memastikan ruang simpanan mencukupi, tetapi arahan ini tidak digalakkan kerana lama kelamaan hayat Hard Disk anda akan jadi singkat..tapi nak cuba apa salahnya..Ikuti langkah dibawah



DENGAN MENGGUNAKAN CARA YANG SAMA UNTUK MENDAPATKAN ARAHAN DISK CLEANUP TADI, KALI INI ANDA KLIK SAJA PADA KOTAK COMPRESS SEBELUM TEKAN OK.













KLIK PADA APPLY YANG KEDUA SEBELUM KLIK OK.




























d) Gunakan arahan Defrag untuk membuat penyusunan fail agar sentiasa teratur selain dapat meningkatkan keupayaan Hard Disk anda untk melakukan gerakan solo dengan lancar dan berkesan.Ikuti langkah ini



GUNAKAN TEKNIK YANG SAMA  SEPERTI DISK CLEANUP TADI,TETAPI ANDA KLIK PADA TOOLS DAN PILIH DEFRAGMENT NOW.

























PILIH PARTITION MANA YANG ANDA MAHU LAKUKAN PROSES DEFRAG JIKA KOMPUTER ANDA BANYAK PARTITION DAN KLIK DEFRAGMENT, PROSES INI MEMAKAN MASA DENGAN RAKUS,KALAU MALEH TUNGGU MINIMIZE JER KEBAWAH..










e) Gunakan arahan Winzip atau Winrar untuk menyimpan fail-fail penting anda kerana selain dapat mengelak dari serangan virus, ini sudah tentu dapat menjimatkan ruang Hard Disk. Anda boleh muat turun perisian ini dari sini Klik Sini


g) Paling penting, jika komputer anda tiba-tiba Hanging menyebabkan anda naik angin, tak boleh bergerak, tekan suis ON sehingga komputer mati sendiri, jika mahu Restart pastikan lampu Hard Disk yang terdapat pada casing berhenti menyala, barulah anda tekan butang Restart. Jika anda Terhidupkan komputer, jangan terus Offkan ,tunggu sebentar dan tekan butang On sehingga komputer matikan diri sendiri. Bayangkan beigini, kita tengah perah otak memikirkan sesuatu,tetiba ada orang ketuk kepala kita..mesti kita jadi Biol sekejab..kalau nasib tak baik terus Pass away..


h) Akhir sekali boleh buat Check Hard Disk menggunakan arahan yang diberi dibawah, ini amat berguna untuk memastikan tahap kesihatan Hard Disk kita terjamin dan dapat memperbaiki mana yang sakit..


- Dapatkan arahan Run dari Start dan taip CMD
- Setelah keluar Dos, taip chkdsk - tunggu hingga selesai,minimizekan jika bosan menunggu..
- Jika terdapat Bad Sector dalam Hard Disk gunakan arahan ini chkdsk volume:/r  




TAIP -CHKDSK DAN TEKAN ENTER UNTUK MEMULAKAN PEMERIKSAAN KESIHATAN.









MACAM BIASA,KALAU BOSAN MINIMIZE KEBAWAH DAN BUAT LER KERJA LAIN SEPERTI ISI  BORANG BELI EBOOK KAMI..EH!!PROMOT LER PULAK..










Kita juga boleh menggunakan cara mudah..he..he..sengajer bagi yang payah dulu.. dengan dapatkan My Computer, Klik pada C, Klik kanan untuk mendapatkan arahan Properties dan klik pada Tools,rujuk gambaran dibawah..




KLIK PADA CHECK NOW SELEPAS KITA BERJAYA KLIK PADA TOOLS.





























TANDAKAN PADA SEMUA KOTAK YANG DISEDIAKAN UNTUK MEMBOLEHKAN PEMERIKSAAN KESIHATAN DAPAT DIGERAKKAN SEGERA DENGAN KLIK PADA START.






















Macam mana dapat tak jawapan soalan memula tadi?? Sebenarnya komputer boleh dihidupkan tanpa Hard Disk, cuma TIDAK dapat DIGUNAKAN..he..he..


Selamat Mencuba.


Ada tak sesape perasan artikel ini ada sesuatu yang tidak kena  ..Sila Komen !!















0 ULASAN Anda

Post a Comment

INSPIRASI ANDA

NUFNANG

Your Electronic Warehouse - Save on select Bose® products
New Barnes & Noble Membership Program!
Gifts for Grads
nook-The Ultimate Gift for Mom
Discount Golf World - FREE Gift with the Purchase of Select Bridgestone and Precept Golf Balls

Followers

Gifts for Grads
Pre-Order 'The Short Second Life of Bree Tanner : An Eclipse Novella'
bookmark
bookmark
bookmark
bookmark
bookmark

LIVE PARLIMEN