TIPS KOMPUTER

INSPIRASI KESIHATAN KOMPUTER

TIPS JIMAT membebankan pembekal komputer bahagian 2

Hak Milik INSPIRASI TEKNIK LAWAK Thursday, October 15, 2009






Kita sambung lagi dari artikel sebelum ini, rasanya ada diantara diantara kita yang berminat untuk memiliki komputer atau peralatannya melalui pembelian barangan sekon hand atau diindahkan dengan bahasa komputer disebut Refurbish..sama juga dengan barangan Bundle kita kena bijak memilih agar tidak terpaksa tepuk dahi dikemudian hari..
Cuba lihat beberapa panduan yang akan diberi yang secara mendalamnya bermaksud pembekal komputer susah mau cari makan termasuklah kami..he..he..

1. Pilih komputer yang sesuai dengan keadaan semasa..
Ini perlu kerana komputer bukan lah barangan antik yang nilainya makin lama makin Pelik harganya..Dapatkan maklumat dan panduan melalui internet atau bertanya kabar kawan tentang apakah keperluan yang diperlukan buat masa ini. Berikut beberara perkara penting yang boleh dijadikan panduan tetapi mengikut Budget anda sendiri..

2. Elakkan dari membeli komputer yang tidur kedudukannya ataupun terlalu kompak kerana jika ada masalah power supply,anda terpaksa ganti dengan casing sekali.rujuk artikel sebelum ni..

3. Komputer yang boleh digerakkan sekurangnya Windows XP  dimana kepantasannya bolehlah dibawa berunding..tidak terlalu lembab dan tidak terlalu laju..kalau tak faham lagi..kita samakan ajer dengan kelajuan Streamyx sekarang ni..slow and steady..ha..ha..

- Komputer yang menggunakan peralatan @ Hardware yang sesuai dengan masa seperti menggunakan :

- Processor atau Cpu yang boleh dipilih sekurangnya Pentium 3 850mhz ke atas, jika bawah dari nilai ini..takut kelembapan dia menjadi terlampau pula, ditambah pula dengan kepesatan internet yang memerlukan perisian yang besar dan berat seperti fungsi 3d dan lainnya..

- Papan litar atau Mainboard jika boleh dapatkan papan litar yang mempunyai banyak slot pelbagai padanya..seperti mempunyai AGP slot,terdapat slot untuk Ram SD dan DDR, ini memudahkan anda untuk mendapatkan alat ganti.boleh pakai yang lama atau yang baru.rujuk gambar diberi..


Contoh papan litar yang menyokong dua fungsi Ram iaitu SD dan DDR..












- Pilih komputer yang menggunakan Ram DDR jika boleh, kerana jika anda menggunakan Ram SDram, Ram ini sudah hampir kepupusan dan payah untuk ditemui..kengkadang harganya pula lebih mahal dari Ram baru..Anda lihat kisah sedih seorang pengguna dibawah yang kamipun tak dapat nak bantu kerana kami tidak mempunyai stok Ram tersebut..

" Pengguna ini baru beli sebiji komputer Refullbish ..setelah digunakan hampir 4 bulan lebih kurang, komputer beliau dihantar kepada kami untuk dibaiki kerana menurutnya komputernya beliau kerap melakukan proses "Restart sesuker dia jerrr" bila di periksa, ternyata Ram beliau yang rosak,lain peralatan ok dan masih berguna..Oleh kerana kami tiada stok kami suruhlah beliau cari..selang seminggu diapun datang sambil membawa Ram yang diperlukan sambil merungut-rungut " Cilakak!! ko tahu tak berapa harga Ram 128mb ni aku beli? RM130 tau..inipun seken,jaminan 3 bulan jer..bila aku komplen kenapa mahal?..selamber jer dia jawab.. Aiya kawan..lu mau keluar Selatut lebih ka ..lu mau keluar empat lima latut !! naya kan..jadi hati-hati
Mungkin ada yang tak faham apa maksud seratus lebih dengan empat lima ratut itu..ini penerangannya..
Kalau pengguna tadi tak nak beli Ram yang harga ditawarkan itu, beliau terpaksa mengeluarkan belanja empat hingga lima ratus untuk beli Papan litar,Cpu dan Ram baru untuk baiki komputer beliau..

- Ruang Hard Disk 30gb ke atas, ini penting untuk menampung beberapa perisian yang akan dipasang nanti  disamping  anda akan mempunyai saiz ruang yang belum diguna besar untuk melancarkan pergerakan Hard Disk..

- Perkakasan lain seperti Cdrom ataupun DVD samada boleh di burn atau tidak bergantung kepada tahap penggunaan anda..memadai mempunyai Cdrom pun sudah memadai..

- Oleh kerana kebanyakkan dari kita menggunakan Streamyx..jadi slot untuk Lan perlu ada samada pada papan litar atau menggunakan Kad tambahan Lan..Internal Modem rasanya sudah tidak diperlukan lagi..

- Cd Driver untuk komputer jika boleh perlu dibekalkan untuk memudahkan anda membaiki kerosakan..

LAPTOP ATAU NOTEBOOK..

- Pilih Laptop yang berjenama seperti Dell, Nec dan lainnya..jangan pilih jenama baru yang jarang kita dengar
- Pastikan laptop mengikut kesusaian waktu sama seperti disenaraikan untuk Desktop tadi..
- Pastikan Cooler atau kipas berfungsi sempurna..
- Cuba hidupkan Laptop tersebut dan pastikan semua huruf keyboard berfungsi dengan sempurna..biarlah selama 30 minit, tengok jika ada apa-apa kemalangan boleh berlaku..seperti tiba-tiba restart ker aper ker..
 - Pastikan anda menerima Driver yang diperlukan,begitu juga dengan beg..
- Beli laptop Cooler untuk menampung cooler yang digunakan pada Laptop..ini dapat memanjangkan tahap kesihatan laptop..


Selamat Mencuba..





0 ULASAN Anda

Post a Comment

INSPIRASI ANDA

NUFNANG

Your Electronic Warehouse - Save on select Bose® products
New Barnes & Noble Membership Program!
Gifts for Grads
nook-The Ultimate Gift for Mom
Discount Golf World - FREE Gift with the Purchase of Select Bridgestone and Precept Golf Balls

Followers

Gifts for Grads
Pre-Order 'The Short Second Life of Bree Tanner : An Eclipse Novella'
bookmark
bookmark
bookmark
bookmark
bookmark

LIVE PARLIMEN