TIPS KOMPUTER

INSPIRASI KESIHATAN KOMPUTER

INTERNET SEDIKIT MASALAH banyak penyelesaian

Hak Milik INSPIRASI TEKNIK LAWAK Thursday, October 15, 2009







INSPIRASI RAWATAN KESIHATAN terus diburu dengan pelbagai persoalan yang menuntut jawapan dari pembekal soalan yang soalannya nampak ringkas dan pendek..tapi jawapannya terpaksa dilebihkan..Namun kali ini kami kumpulkan soalan dan jawapan mengenai Internet yang telah siap dikirim.

1. Ita
" Browser internet apa yang paling bagus dan laju dan kenapa tenet saya macam semakin berat? Terima kasih.

- Jawapan
Browser untuk internet yang paling mudah dan cepat tentulah Firefox, manakala Explorer pula kengkadang menuntut banyak Ad-on yang perlu dimasukkan terutama apabila kita tidak update Flash player.
Satu tips yang mudah jika mahu cepat,cari Browser yang jarang digunakan seperti Opera, Maxthon dan lainnya..apapun yang penting pastikan kelengkapan untuk Browser yang hendak diguna itu cukup segalanya seperti Ad -on Flash,Adobe dan lainnya.
Tenet makin lembab banyak faktor penyebab,tetapi anda boleh lakukan begini ..Padam semua History yang terdapat dalam Browser untuk internet yang digunakan seperti contoh jika menggunakan browser Firefox pergi ke Tools dan Clear Recent History seperti gambaran dibawah..



2. NORA
- Kenapa setiap kali saya muat turun (download) fail yang diambil tidak dapat digunakan, kalau guna komputer lain boleh pula.

Jawapan
Ini kami namakan soalan maut kerana tidak diberitahu fail apa yang dimuat turun,,jadi kami agak-agak ler..
Pertamanya fail dalam bentuk PDF yang biasanya berlaku apabila kita Muat turun borang, Ebook dan sebagainya..Fail dalam bentuk ini memerlukan perisian Adobe Reader untuk membolehkannya dibuka dan digunakan..
Keduanya fail tersebut dalam bentuk Winzip atau pun Winrar yang memerlukan perisian Winzip ataupun Winrar untuk membolehkannya digunakan..
Tips - Untuk mengenali apakah format fail yang digunakan perhatikan selepas nama fail seperti contoh jika PDF akan dipaparkan (nama fail).PDF ,begitu juga jika Winzip (nama fail).RAR
Kedua-dua perisian tersebut boleh dimuat turun dari sini..KLIK HIPPO

3. IJAM
Saudara,bolehkah saya menggunakan Modem lain yang saya beli bukan menggunakan yang diberi oleh Telekom?..Makasih.

Jawapan..
Tentu boleh malah digalakkan kerana biasanya modem luar lebih praktikal dari yang dibekalkan oleh TM,malah anda juga boleh mendapatkan ADSL MODEM Wireless sekiranya mampu.Tetapi satu peringatan yang perlu bila kita mendapatkan ADSL MODEM ialah anda perlu tahu apakah nombor IP yang akan digunakan seperti contoh untuk modem jenis PROLINK menggunakan ip 10.0.0.1 tidak seperti jenama Aztech yang biasanya !92.168.1.1 dan sebagainya..

4. RASHID.
'Adakah apa perbezaan kelajuan Internet jika kita menggunakan perisian tertentu ?.

Jawapan.
Kalau adapun perbezaan tidak banyak sekitar 10% hingga 15% sahaja..ini kerana perisian  yang ditawarkan sebenarnya akan cuba menyekat traffik yang masuk serta meminimakan penggunaan oleh browser anda..Jika ada yang berkata kalau guna perisian tertentu internet boleh jadi laju sebenarnya kureng tepat kerana nilai yang dibekalkan oleh TM tidak dapat dikawal oleh kita..sebagai contoh mudah..kenapa Telekom ada menawarkan pakej tertentu untuk internet seperti pakej 512, 1M ataupun 4M..mesti ada sebabkan..

5. AZLINA.
"Anti virus boleh mengganggu kepantasan internet ? betui ke?.

Jawapan..
Betul sekiranya Anti virus yang digunakan berfungsi untuk mengawal pergerakan Internet, tetapi jadi tidak betul jika Anti Virus yang digunakan dimatikan fungsinya untuk mengawal penggunaan Internet..jadi jalan mudahnya ialah anda yang bakal menentukan fungsi Anti virus tersebut..

6. KUDIN.
Adakah perlu kita menggunakan anti virus sekiranya kita menggunakan internet selain pendrive kerana ada orang cakap nanti internet jadi lembab?.

Jawapan
Soalan Kudin lebih kureng sama dengan soalan Azlina,jadi kami sambung ajer penerangannya..Anti virus sebenarnya perlu jika kita selalu menggunakan Internet untuk mengawal dari masuknya makhluk-makhluk halus yang tidak diundang,namun begitu pastilah akan berlaku kelembapan pada pergerakan internet apabila anti virus diaktifkan..jadi anda pilihlah satu antara dua akibat yang diberi..
 - Biar lambat asal komputer selamat atau
 - Laju tetapi cepat mati ditengah jalan..

7. Rosli.
Saya telah tersilap kerana menyimpan username dan password untuk penyambungan internet dalam laptop saya. Bagaimana caranya untuk membuang dan pasang sedangkan saya sudah lupa apa passwordnya..

Jawapan..
Untuk membuang dail up tersebut, sangat mudah, klik sekali pada nama dail up tersebut dan tekan Del pada keyboard..mudah kan..
Jika anda lupa username atau password anda kena hubungi TMnet untuk mendapatkan password baru.

Tips mudah untuk anda yang pelupa..

Jika usernama anda boleh rujuk pada bil Streamyx yang lama..disitu dinyatakan username anda..bil lama bukan bil sekarang ni..
Jika Password pula biasanya digunakan Tmnet123, TM1313 melainkan anda ubah sendiri..
Tidak bahaye ker jika orang tahu Username dan password kita ?..jawapnya tidak kerana Streamyx berfungsi menggunakan talian telefon mengikut nombor yang didaftarkan..

Sila rujuk artikel kami sebelum ini untuk membantu bagi proses membuat dail up untuk Streamyx..


Selamat Mencuba.











2 ULASAN Anda

  1. wh0se Says:
  2. sangat membantu..whose suka artikel nie...

     
  3. Makasih..

     

Post a Comment

INSPIRASI ANDA

IKLAN UNTUK ANDA..JADI tunggu pe ..

NUFNANG

Followers

bookmark
bookmark
bookmark
bookmark
bookmark

LIVE PARLIMEN