TIPS KOMPUTER

INSPIRASI KESIHATAN KOMPUTER

BERITA DITAJA DENGAN JAMINAN MUTU OLEH IKLAN

Hak Milik INSPIRASI TEKNIK LAWAK Sunday, November 29, 2009







IKLAN ini ditaja oleh KETUK DAN CAT KERETA  WANG SAMAN BING WANG DENDA



    - Parking Aro akedemik..bukan senang nak buat ni


BERITA SELEPAS SUBUH AHAD DIMULAKAN DENGAN..


- BERITA dalam negara


- Operasi mencari dan menyelamat terpaksa mengambil masa yang panjang akibat salah tempat. Setelah 3 hari 3 malam usaha mencari dan menyelamat telah menemui jalan penyelesaian apabila terjumpa Punca apakah sebenarnya telah berlaku kepada banglo sekerat milik Yap Hip Ho. Penemuan ini telah berjaya membetulkan tanggapan sesetengah pihak bahawa Banglo Yap Hip Ho telah terlibat dalam kemalangan jalan raya. Penemuan abu dari kesan kebakaran dibanglo tersebut telah berjaya membantu polis menyelesaikan masalah yang rumit ini iaitu banglo terserbut sebenarnya terbakar...

   - Rupa Banglo sekerat Yap Hip Ho sebelum kejadian


- Tahap pencemaran dan pencernaan sungai Bakong di negeri Melake di katakan berada didalam keadaan cemas dan berjaga-jaga oleh orang kampung secara bergilir-gilir. Ini dipercayai akibat berlaku limpahan Toksin jenis Taksin Siwanada yang dibawa dari sungai Golok di Thailand. Toksin ini dipercayai dan diyakini akan menyebabkan pengidap demam panas bakal diserang sakit lemah lutut, manakala penyakit jantung berlubang akan diserang gigi terkancing sehingga suhu badan berubah menjadi suhu dunia. Keadaan ini pastilah bahaya kepada bot-bot nelayan dan pemandu-pemandu bas sekolah. Satu usaha sedang giat dijalankan untuk cuba mengosongkan air sungai Bakong dan diisi dengan air meneral water cap H20.

   - Dua pawang sedang mempraktifkan ilmu persuratan berjalan atas air untuk mengawal pencemaran udara.


- LUAR NEGARA.


 - Bekas Perdana Menteri India dikabarkan oleh orang surat kabar setahun dulu, bahawa bekas isterinya telah bertindak mahu menyaman beliau kerana telah membuang bekas orang gaji mereka termasuk dengan bekas-bekas tukang kebun mereka termasuk juga dengan bekas air dan bekas tapak kaki. Tindakan memberhentikan mereka dipercayai akibat hasutan dari bekas setiusaha sulit beliau sendiri yang menyebabkan berlaku konspirasi oleh bekas-bekas ini untuk menyaman bekas Perdana Menteri ini. Berita ini turut disahkan oleh bekas pegawai waran 1 dua tahun sebelum kejadian.

   -Cubaan untuk cipta rekod acara  makan kasut dari jarak jauh..


IKLAN DITAJA OLEH MANGKUK TANDAS CAP kupu-kupu malam.
  - Banyak tisu dari air..


HIBURAN


- Salah seorang selebriti terkenal dalam negara telah mengaku beliau disantau oleh rakan baiknya menggunakan santau angin pasang . Perbuatan ini hanya disedari sejak seminggu yang lalu apabila bekalan air dirumahnya sering tiada dan kerap kena potong. Selebriti tersebut mensyaki perbuatan itu dilakukan oleh rakannya kerana beliau sering datang kerumah beliau setiap awal bulan untuk mengambil bil air serta mencuri untuk mandi. Laporan polis telah dibuat semalam oleh selebriti tersebut dengan menyertakan sijil laporan index jenayah IPK sebagai bahan bukti.

   - Bil air tanpa perlu ada air padanya


- Seorang peminat fanatik artis tanah air ditemui mati terkangkang sambil mulut dipenuhi dengan gula-gula getah termasuk beberapa biji getah. Peminat tersebut dipercayai telah membunuh ayam dedak milik artis kesayangannya sebelum bertindak membunuh diri sendiri tanpa perlu bantuan orang kecuali seunit bomba yang datang berlumba-lumba. Peminat ini keciwa kerana lamaran pingangan ayam jantan dedak miliknya telah ditolak secara masak masam manis oleh ayam dedak betina milik penyanyi tersebut.

  - Sup ayam dedak memang enak dimakan di atas pokok ketapang.


SUKAN.


- Gemar bermain dijaring disyaki punca kekalahan pada skuad tepak takraw negara apabila jaring yang digunakan oleh pihak penganjur ialah dari jenis jaring ikan atau lebih tepat lagi jala. Ini menyukarkan skuad negara melakukan tindakan penyudah kerana bola sering melekat dijaring dan tidak melantun balik. Walaupun pengadil permainan telah bersetuju memberikan masa tambahan, pasukan negara tetap tidak mampu mengawal permainan hingga telah berlaku adegan menyayat hati apabila pemain tekong bot telah terlekat dijaring hingga memaksa permainan dihentikan pada minit-minit terakhir. Surat sokongan dan bantahan dari YB kawasan telah dihantar oleh para pemain  kepada PIBG Sekolah selaku penganjur perlawanan tersebut.

    - Jala yang menjelma menjadi pontianak dikala malam..


- Satu kejutan dan rekod baru telah berjaya dicipta oleh pelari terpantas dunia acara 100meter dalam oleh Husain Bosaid dengan bertindak memecahkan rekodnya sendiri dirumah akibat playernya mengalami gangguan kesihatan.


- Seorang perenang dari Kurea timur telah dibatalkan kemenangannya oleh pengadil dalam acara renang kuak kupu-kupu kerana beliau berenang menggunakan cara kuak rama-rama..

  - Renangan kuak-kupu sedang dilakukan oleh motor sambil dibantu oleh penolak merangkap juruletih.


- IKLAN ini ditaja oleh Syarikat Usahama Pak Ali dan Pak Aji dan Mak Aji dan Mak Ani



BERITA TAMBAHAN .


- Untuk menambahkan lagi bilangan pendapatan dan mengkomersialkan berita, satu slot petikan berita telah ditambah yang dinamakan berita kurang sopan..kita ikuti bacaan berita yang disampaikan oleh adik IRfah Ayu Binti Kamaludin murid tahun 1 kelas mambang langit.


BAPAK SAYA.


- Pada zaman dahulu, Bapak saya ada motor, berwarna  motor bapak saya kuning pada aksober dan enjin, bapak saya beli cat untuk cat moto bapak saya kerana bapak saya tidak suka warna hitam ada pada motor bapak saya, bapak saya beli berus cat cina sais paling halus..moto bapak saya sagant cantik sudah sekarang dan selamanya kerana tayar moto bapak saya cat kaler biru metalik 2 k. sekarang saya sudah tidak malu lagi, moto bapak saya sudah cantik, esok bapak saya kata mahu cat adik kami pula warna biru, itu saya suka, sebab bapak saya sudah cat saya dengan emak sekali kale hijau muda.



   - Motor bapak saya sewaktu kejadian habis minyak sedang berlaku ..


- EHSAN DARI 



INSPIRASI JIWA KACAU














0 ULASAN Anda

Post a Comment

INSPIRASI ANDA

NUFNANG

Your Electronic Warehouse - Save on select Bose® products
New Barnes & Noble Membership Program!
Gifts for Grads
nook-The Ultimate Gift for Mom
Discount Golf World - FREE Gift with the Purchase of Select Bridgestone and Precept Golf Balls

Followers

Gifts for Grads
Pre-Order 'The Short Second Life of Bree Tanner : An Eclipse Novella'
bookmark
bookmark
bookmark
bookmark
bookmark

LIVE PARLIMEN