TIPS KOMPUTER

INSPIRASI KESIHATAN KOMPUTER

PEMASANGAN WINDOWS 7

Hak Milik INSPIRASI TEKNIK LAWAK Monday, November 9, 2009




Selepas artikel kami tentang Windows 7 dikeluarkan, banyak email yang kami terima minta sedikit toturial tentang proses pemasangannya..untuk tidak menghampakan, kami keluarkan artikel tetnang proses pemasangan Windows 7 yang langkah dan prosesnya hampir sama dengan pemasangan Windows Vista..

1. Langkah awal anda mestilah mempunyai perisian Windows 7 samada yang bukan dibeli dikedai-kedai bunga ataupun yang telah dimuat turun kedalam DVD dari Internet.. Paling penting sekali, pastikan anda mempunyai Product Key untuk menjayakan proses pemasangan ini..

2. Seperti juga untuk proses pemasangan Windows sebelum ini, perkara pertama perlu dilakukan sebelum anda memulakan proses ialah, anda mesti menukar Boot Sequence kepada pemacu Rom anda yang terdapat dalam Bios atau Cmos..
Bagaimanapun sekiranya komputer anda mempunyai kekunci Bott seperti gambaran dibawah, proses pemasangannya menjadi mudah kerana anda cuma perlu tekan kekunci Bott sahaja untuk memilih  proses Bott iaitu dari Pemacu Rom..



- Kekunci F12 sebagai Boot Menu..

3. Setelah proses bott dipilih secara adil dan saksama, paparan loading files akan dipaparkan seperti dibawah. Tunggu sehingga proses ini selesai ..



- Jika komputer anda mengamalkan formula kelembapan, bolehlah anda nyanyi ker berzikir sementara proses ini selesai..









4. Arahan seterusnya meminta anda memilih perkara -perkara berikut sahaja..



- Pilih bahasa yang hendak digunakan

- Zon masa dan matawang

- Pilihan bahasa untuk kekunci








5. Setelah pilihan yang diberikan diatas dipilih, kita teruskan dengan arahan seterusnya



- Klik pada Install Now












6. Jika anda rajin, boleh baca isi kandungan perjanjian, jika malas klik I Accept jer



- Walaupun mungkin anda tidak setuju, anda kena klik juga I Aceept untuk membolehkan proses ini dijalankan.










7. Arahan dibawah ini memberi anda dua pilihan samada mahu naiktaraf(Upgrade) atau Install semua(Custom) dengan memadam semua windows asalnya..


- Pilihan kali ini kita memilih Custom untuk mendapatkan satu Windows baru ..











8. Seterusnya anda akan diberi pilihan untuk mengubah partition atau sebaliknya



- Gunakan panduan yang diberi dalam arahan ini untuk anda menambah lagi satu partition .

- Boleh rujuk dalam artikel kami sebelumnya..









9. Langkah seterusnya ini  anda boleh merehat diri sambil mencangkung atau berbaring..ikut suka anda la..



- Tunggu sehingga proses salinan ini selesai

- Jika komputer anda ada bau-bau bacang dengan Streamyx yang mementingkan kelembapan, bolehlah buat kerja lain dulu seperti lipat kain ker,basuh kain ker..ape-apelah..







10. Apabila penantian anda tadi berakhir, arahan seterusnya ialah proses "mari berkenalan" seperti dibawah




- Sila isikan maklumat yang diperlukan untuk memudahkan anda berkenalan dengan Windows 7..

- Nak isi nama samaran pun ok juge!!!






11. Untuk menjamin keselamatan Windows 7 anda, isikan kata laluan- Password seperti dibawah..




- Jangan pula anda lupa apa kata laluan yang anda buat ini..









12. Arahan seterusnya ini menandakan anda telah memperkayakan Microsoft ..



- Isikan dengan teliti Product key yang dibekalkan kepada anda..










13. Arahan seterusnya ialah Pilihan untuk Update, oleh kerana Windows 7 masih baru, sila pilih



- Use recomammed settings










14. Buat pilihan ketetapan tarikh dan  masa untuk arahan seterusnya ini..














15. Proses akhir ialah seperti gambaran dibawah yang menyebabkan anda terpaksa tungguuuuuuuuu..



- Tunggu sahaja sambil berdoa agar semuanya selamat ..










16. Bila  anda jumpa ikan ini, maknanya proses pemasangan Windows 7 telah pun selesai dengan jayanya..
















Selamat Mencuba







0 ULASAN Anda

Post a Comment

INSPIRASI ANDA

IKLAN UNTUK ANDA..JADI tunggu pe ..

NUFNANG

Followers

bookmark
bookmark
bookmark
bookmark
bookmark

LIVE PARLIMEN