TIPS KOMPUTER

INSPIRASI KESIHATAN KOMPUTER

WINDOWS KEHILANGAN SUARA - Audio Driver

Hak Milik INSPIRASI TEKNIK LAWAK Monday, November 9, 2009





Nak dikata secara kebetulan, entah iye entah tidak, hari ni kami ada menerima dua email yang bertanya tentang masalah Sound pada Windows, petangnya pula ada pelanggan yang datang juga mengadu hal yang sama.. tak apalah yang penting anda dapat ilmu untuk kita kongsikan bersama..


Lihat masalah ini yang dikirim oleh Norhayati dari Kuala Kubu..jauh ni..







Masalah Windows kehilangan suara ataupun Sistem Audio (sound) tidak berfungsi  dapat kita lihat dari beberapa petunjuk, paling mudah anda boleh lihat pada desktop hadapan (rujuk gambaran diberi ) jika terdapat loceng seperti ditunjukkan , masalahnya bukan pada komputer, kemungkinan speaker yang rosak ataupun Jack (penyambung wayar speaker) yang rosak..



 - Pastikan Loceng yang diberi percuma ini terdapat pada Windows anda.









- Lihat contoh jack untuk penyambungan, biasanya untuk Audio digunakan color hijau..
























Cara kedua anda perlu masuk pada Control Panel, Klik pada bahagian Sound and Audio Devices dan jika kosong seperti dipaparkan maknanya anda perlu pasang semula driver untuk sound anda.





- Jika dipaparkan No Audio Device bermakna anda perlu memasang semula driver sistem audio..


- Jika ada dipaparkan fungsi audio, pastikan Mute tidak ditandakan..


- Klik pada Place Volume ... untuk anda paparkan loceng seperti gambaran diatas.














Cara terakhir ialah klik kanan pada My Computer, pilih Properties, Klik pada Hardware dan Device Manager, Jika tiada dipaparkan menu Sound, Video and Game Controller seperti gambaran diberi ataupun dipaparkan seperti gambaran dibawah, anda perlu pasang semula driver yang telah hilang samada terpadam atau virus berjaya merobek sistem audio anda..





- Perhatikan menu dan jenis sound yang digunakan pada sesebuah komputer..























Tips 1.
- Satu cara mudah untuk anda tahu ialah, perhatikan pada Other Devices sahaja, jika terdapat Other Device dan menu Sound,Video and .. tiada, maknanya pemasangan driver masih belum lengkap.


Tips 2.
- Perhatikan pula paparan ini bermaksud terdapat kerosakan pada driver yang digunakan..


Setelah dikenal pasti dimana rosaknya sistem audio atau sound anda, barulah kita pergi ke langkah seterusnya iaitu mengenali apakah sistem audio (sound ) yang digunakan pada komputer anda. Berikut dicadangkan beberapa tips-tips yang boleh anda guna untuk mengetahui apakah jenis atau model Sistem Audio yang digunakan..


1. Lihat apakah model komputer atau Laptop anda, dalam kes sebegini, laptop lebih mudah dikenali kerana biasanya akan terdapat jenis model yang akan ditampal pada laptop seperti gambaran dibawah..





 - Untuk Laptop jenama Acer, Sticker biasanya terdapat dibahagian hadapan ..tak caya cuba tengok sekarang!!!


























 2. Jika komputer tiada jenama atau klon, anda boleh lihat pada model papan litar yang digunakan samada Sis,MSI,  Intel, Via, Biostar dan sebagainya, terutamanya bagi sistem audio onboard..







- Lihat contoh papan litar Onboard MSI yang bermaksud fungsi audio terletak padanya.. 



























- Jika komputer anda menggunakan Sistem Audio secara berasing seperti gambaran disebelah, tanggalkan sahaja dan perhatikan pada kotak hitam untuk ketahui apa model Sistem Audio anda.


















3. Muat turun perisian-perisian yang dapat mengesan driver yang digunakan oleh komputer, ini adalah satu langkah paling mudah, walau bagaimanapun kebanyakkan perisian ini trial, jadi gunakan sebaik mungkin..beberapa contoh perisian yang anda boleh gunakan..


KLIK SINI


KLIK SINI


Jumpa lagi dalam proses pemasangan audio driver dalam artikel seterusnya..


Selamat Mencuba..






0 ULASAN Anda

Post a Comment

INSPIRASI ANDA

NUFNANG

Your Electronic Warehouse - Save on select Bose® products
New Barnes & Noble Membership Program!
Gifts for Grads
nook-The Ultimate Gift for Mom
Discount Golf World - FREE Gift with the Purchase of Select Bridgestone and Precept Golf Balls

Followers

Gifts for Grads
Pre-Order 'The Short Second Life of Bree Tanner : An Eclipse Novella'
bookmark
bookmark
bookmark
bookmark
bookmark

LIVE PARLIMEN