TIPS KOMPUTER

INSPIRASI KESIHATAN KOMPUTER

KOMPONEN KOMPUTER ROSAK buat memacam

Hak Milik INSPIRASI TEKNIK LAWAK Tuesday, September 29, 2009




Biasanya apabila terdapat komputer komputer anda yang rosak, apa anda lakukan pada komponen yang rusak itu? Anda buang? Anda buat lauk masak kari?Atau anda sedekahkan sahaja komponen itu dikedai komputer?


Mari kita kongsi pengalaman tentang kegunaan dan apa yang boleh dilakukan pada komponen anda yang rosak supaya ianya tidak dianggap membazir dan mencederakan duit anda.


1. Power Supply @Bekalan kuasa.
Power Supply yang rosak biasanya disebabkan oleh berlaku litar pintas disebabkan oleh cicak atau gangguan perasaan bekalan letrik bukan disebabkan oleh mat rempit yang telah melakukan litar pintas dihadapan rumah anda. Oleh kerana kos untuk memiliki Power Supply sudah murah,jarang ada orang yang mahu membaikinya. 
Tahukah anda selalunya kipas Power Supply jarang rosak,jadi misi kita kali ini ialah mengambil kipas tersebut untuk digunakan pada Casing @ Cpu anda,untuk apa?..dengan penambahan kipas ini,kita dapat mengurangkan sedikit tahap kepanasan didalam CPU @Casing.
Oleh kerana memang telah rosak,beranikan diri anda untuk membuka Power Supply tersebut mengikut gaya dan teknik anda sendiri, perhatikan wayar pada bahagian kipas cuma terdapat 2 wayar digunakan,iaitu merah dan hitam, cuba tengok berapa panjang wayar tersebut dapat dicapai sebelum anda memotong.
Letakkan kipas tersebut didalam casing anda,biasanya sudah terdapat bahagian untuk kedudukan kipas tersebut, sambungkan wayar tadi dengan berpandukan kepada gambaran dibawah.



Ikut kedudukan wayar dari kipas hingga ke papan board dan potong wayar tersebut.























Contoh kipas yang telah berjaya dikeluarkan.














Contoh kepala penyambung dari Power Supply yang akan digunakan.



Buat penyambungan seperti berikut,wayar merah diletak pada kuning dan hitam pada hitam,kemaskan dengan gam atau pelekat hitam. Bleh rujuk gambar disebelah.













 
Letakkan kedudukan kipas seperti gambaran disebelah..tapi janganlah sampai melampau seperti cpu sebelah ini..dah jadi Aircond dah ni..he..he..










Tips- Anda juga boleh gunakan kipas ini untuk kegunaan lain seperti pada decoder,Amp,equalizer dan sebagainya..pasang atas dapur karen pun ok jugak..he..he..


2. Hard Disk rosak..
Jika anda buka Hard Disk yang telah mengambil cuti pencen seumur hidup,anda akan dapat seperti gambaran dibawah.


Ambil piring berbentuk cd seperti  gambaran disebelah dan jadikan sebagai barang perhiasan kereta ker,penutup tangki minyak kereta,mahupun buat rantai macam penyanyi Rap..baru gempak!!!




















3. Optical Mouse berkaler-kaler..
Boleh digunakan untuk perhiasan atau lampu tidur, bawak memancing pun boleh asalkan anda kreatif..he..he..


4. Vga,sound,modem kad atau ape-ape jenis kad.
Buat penyendal pintu pun ok..


Apapun terserah kepada kreavitimentaliti anda sendiri..
Selamat mencuba..














0 ULASAN Anda

Post a Comment

INSPIRASI ANDA

NUFNANG

Your Electronic Warehouse - Save on select Bose® products
New Barnes & Noble Membership Program!
Gifts for Grads
nook-The Ultimate Gift for Mom
Discount Golf World - FREE Gift with the Purchase of Select Bridgestone and Precept Golf Balls

Followers

Gifts for Grads
Pre-Order 'The Short Second Life of Bree Tanner : An Eclipse Novella'
bookmark
bookmark
bookmark
bookmark
bookmark

LIVE PARLIMEN