Iyer..bertemu lagi iyer..Maaflah iyer..rasanya kotak email Rawatan dah sarat dengan soklan, maklumlah hujung tahun ni banyak keje bidan, kan musim orang buat anak dan beranak sekrang ni, ada yang komputer songsang, anak komputer turun bawah, dan memacamlah penyakit bersalin ni, nasib baik melibatkan komputer senang sikit nak urut..
Kita terus lihat kotak email Rawatan lah iyer..
1.
Komputer sebenarnya tidak elok dan manis dibiarkan lelama-lama tidak dihidupkan, ini kerana terdapat Cmos memori yang perlu diaktifkan. Jadi sebaiknyalah iyer..pesan kat Mak untuk hidupkan komputer sekurang sekali seminggu, tapi Nabila kena ajar la cara tutup dan buka pada Mak iyer..Oleh kerana soalan Nabila tidak disertakan tarikh lama mana komputr tidak dihidupkan, Nabila cuba sahaja beberapa cara ini..
- Cabut Ram dan pasang semula.
- Tolak Pin pemagang warna putih kebelakang untuk keluarkan.
- Untuk Pasang semula, masukkan Ram dan tekan hingga Pin pemegang terkatut sendiri..
- Cari dimana kedudukan Jumper Cmos @Bios dan clearkan arahan Cmos tersebut.
- Ubah kedudukan Jumper kepada kedudukan tiang 2 dan 3, hidupkan Komputer..
- Ubah kedudukan asal tiang 1 dan 2 untuk kembali kedudukan asal.
- Tanggalkan Kabel Pwr Supply pada Hard Disk dan cuba hidupkan.
Kabel Ide Pwr Supply.
- Tanggalkan kabel Pwr seperti gambaran disebelah ini.
Kabel Sata Pwr Supply
- Tanggalkan Kabel ini jika anda gunakan SATA.
- Tanggalkan semua kabel penyambungan dan tinggalkan hanya penyambungan Power Supply dan MB saje, cuba hidupkan..
-Tanggalkan semua kabel penyambungan seperti gambaran diberi, cuba hidupkan..
Jika komputer berjaya di hidupkan, biarkan terpasang lebih kurang 10 minit dan pasang semula apa yang telah ditanggalkan tadi..
Selamat Mencuba.
0 ULASAN Anda