![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjdZJvdnRjbfeBH_3xq10xhpxJ03C0BH55pQauMVlQFk2SW1VtOGBFuH4MQSBahC6ahxUrk9Z4XJugPyah1gyqOLFTlwbv6ZgzK20lBXo4ZAReGaPWGhRRVSLVhd7kFAC9GJ2tz5xvvlvc/s320/kenduri.jpg)
Oleh kerana kebosanan yang amat sangat hari ni kerana kebanyakkan Staff Inspirasi bercuti sambil menghadiri upacara makan berbayar(kenduri), godek punya godek Internet , maka terjumpa lah satu benda ini yang boleh kita kongsi ramai-ramai..
Sebelum itu sengaje nak kasi tau pada yang belum tahu .. Ini..
Pelajar itu apa?..Pelayar untuk komputer ini tidak sama sekali bersamaan dengan kapal, laut ataupun sungai jauh sekali longkang. Pelayar untuk komputer bermaksud apakah yang anda gunakan untuk melayari Internet samada Firefox, Mozilla, Chrome, Explorer dan sebagainya..Jika dalam bahse Omputeh disebut Browser..
Selain dari Pelayar yang disebutkan atau yang biasa anda dengar, ada lagi satu pelayar yang boleh digunakan oleh anda.. Nak tahu kenapa?
Pelayar ini terbukti laju gila dari lain-lain pelayar yang biasa digunakan tidak termasuk Playar gambar kat bawah ini..
Kenapa Pelayar ini Laju?
Kerana pelayar ini menggunakan 3 enjin; Trident + Gecko + Webkit ataupun bahasa mudahnya 3 dalam satu.
Lihat Contoh pembahagian yang dilakukan..
- Explorer menggunakan enjin kekuda jenis Trident
- Firefox pula memilih Kuda jenis Gecko
- Chrome dan Safari kuda pilihan mereka Webkit..
Jadi anda bayangkan apa kesannya apabila pelayar ini menggunakan ketiga-tiga jenis kuda tersebut..
Dah puas hati dengan Info diberi..
Inilah pelayar yang disebutkan warta berita kan tadi..
LUNASCAPE5
Anda boleh muat turun dari sini.. MUAT TURUN DISINI
Rasai dan alami sendiri kehebatannya..
Selamat Mencuba..
0 ULASAN Anda