Kita sambung lagi drama bertajuk Installer Windows XP Guna USB Pendrive dengan pelakon utamanya anda dan penulis..he..he...
3.
Setelah kita berada pada C:\ dalam Menu CMD atau MSDOS, Seterusnya buka folder USBPREP8.exe dengan menaip seperti gambaran dibawah.
- Tekan mana-mana kekunci apabila menu ini dipaparkan
- Apabila menu ini dipaparkan, masukkan Installer Windows Xp kedalam pemacu anda dan buat pilihan No 1 untuk kita Browse kedudukan Pemacu drive (Installer Windows).
- Setelah kedudukan pemacu drive dikenal pasti, tekan No 2 dan masukkan satu drive yang belum digunakan seperti F, G dan sebagainya.
- Langkah seterusnya taipkan kedudukan USB Pendrive yang digunakan pada awal tadi dengan memilih arahan No 3.
-Tekan No 4 untuk membolehkan Pendrive diformat dalam versi32.
- Tekan mana-mana kekunci apabila arahan seperti gambaran ini dipaparkan.
- Tekan lagi mana_mana kekunci apabila arahan ini muncul
- Klik Yes untuk mulakan proses salinan ke Pendrive
- Seterusnya tekan Yes sahaja untuk kedua-dua arahan yang disenaraikan dibawah.
TUNGGU sehingga proses ini selesai .
Akhirnya anda telah berjaya membuat Installer WIndows Xp dari Pendrive. Cuba Boot menggunakan Pendrive dengan menukar Proses Boot dalam Cmos@bios kepada USB HDD atau USB ZIP sebagai First boot.
Selamat mencuba
0 ULASAN Anda